Monday, 21 September 2015

Sahabat Sampai Syurga!


Perpisahan.
Seungkap kata.
Secebis rasa.
Cukup melambangkan.
Yang aku, kau dan dia.
Takkan bisa bersama.
Selamanya.

Cukuplah. Cukup.
Pergilah. Pergi.
Kita takkan dapat bersama.
Selamanya.
Takdir memisahkan kita.
Sentiasa.
Kau. Aku. Dia.
Tetap berbeza.

Majulah. Maju.
Capai matlamatmu.
Kejar impianmu.
Aku di sini mendoakanmu.
Sentiasa.

Sayonara sahabat.
Meski kau pergi membawa diri.
Meski diri takkan dikenali lagi.
Meski kau juga akan lali.
Ingatlah. Ingat.
Kau sentiasa di hati.

Mungkin masa memisahkan kita.
Mungkin umur memisahkan kita.
Mungkin darjat memisahkan kita.
Mungkin ajal memisahkan kita.
Namun.
Ukhwah yang indah terbina.
Di atas satu paksi yang sama.
Kau. Aku. Dia.
Akan tetap bersama.
Sampai bila-bila.
Kerna kita.
Sahabat sampai Syurga!

Sebuah lagi karya 602
-sidqi_jr-

Untukmu Sahabat

Saat itu aku tiada lagi,
Saat itu kau berlalu pergi,
Biarlah masa yg tentukan nnti,
Bilakah pula kita bersua nnti?

Andai takdir menentukan,
Aku dulu dijemput Tuhan,
Aku yakin wahai teman,
akan kau doakan aku aman.

Perlukah ada perpisahan,
Sedang ia sakit utk dhadapkan,
Perlukah ada rasa keraguan,
Jika benar cinta kita kerana Tuhan.

Walau dimana sahaja nanti,
Jangn pernah  lupa pesan Ilahi,
Jaga diri wahai akhi wa ukhti,
Semoga bertemu di syurga firdausi.

Andai nafas ku terhenti di sini,
Ku pohon doa restu Ilahi,
Jalinan ukhuwah ini diberkati,
Sentiasa segar, tidaklah mati

Andai bicaraku tidak lagi didengari,
Teruskan perjuangan, janganlah berhenti,
Aku tahu, kalian sahabat sejati,
Di syurga firdausi, kita bersua kembali

Sahabat, Kita Ada Kita.

Amatilah sahabatku, sungguh kau tinggi nilainya terlalu, apapun yg bakal berlaku, amatilah aku senantiasa disisimu.

Saat kau senang mahupun susah, lenang ataupun payah, gelap ataupun cerah, hubungan yg gah terikat ni takkan senang diserah, kerna persahabatan ini semata Lillah.

Akan tiba nanti waktu kelam, kau mencari dan merintih diwaktu malam, hari-harimu terasa suram, maka ingatlah sahabatmu disisi hingga hujung alam.

Andai nanti tak bertemu lagi, jangan kau biar hatimu sepi, amatilah segala kenangan dihati, sampai kita berjumpa di Syurga nanti.


Sahabatmu yang menyayangi,

Family 602

22 September 2015

-sidqi_jr-

Puisi Nasihat Rakan Seperjuanganku

Terbang anakku terbang,
Terbanglah kelangit biru, mencari secebis rindu dari manusia manusia disisimu.
kawan itu beribu,
namun sahabatmu cuma mereka yang mengingatkanmu akan Tuhan yang Satu,
mereka yang ada tika kau buntu dan keliru,
dan saat kau menangis dalam sendu.

Terbang anakku terbang,
Terbanglah kelangit biru, mencari secebis rindu dari manusia manusia disisimu.
kawan itu beribu,
namun sahabatmu cuma mereka yang mengingatkanmu akan Tuhan yang Satu,
mereka yang ada tika kau buntu dan keliru,
dan saat kau menangis dalam sendu.

Terima kasih anakku, maka berterbanganlah di awangan mencari kawan yang ikhlas berjuang demi nilai yang tinggi menjulang, iaitu persahabatan.

Terbang anakku terbang,

Terbang tinggi ke angkasa, 

Walau apapun halangan mendatang,
Jangan pernah berhenti,
Walau Apapun masalah menimpa, jgn pernah menyerah,
Walau Apapun rintangan yg ada, tetaplah bertahan.
Teruskanlah langkahmu.
Kerna Badaikan berlalu mentari kan bersinar.
Masih ada Tuhan..

Hasil nukilan keluarga bahagia 602
-sidqi_jr-

Wednesday, 16 September 2015

Hakikat Perjuangan

   Meniti hari-hari terakhirku di CFS,aku rasa bagaikan seperti sudah tamat perjuangan di medan jihad ilmu.Sedangkan guruku berpesan, perjuangan kamu bukan sekadar menuntut ilmu tetapi perjuangan kamu ialah menuntut,memahami,menghafaz,mengamalkan serta menyebarkan ilmu.

   Jangan diambil mudah perjuangan ini.Kerana sikap mengambil mudah,kelak umat akan menerima padah.Jangan jua disangka mudah akan perjuangan ini.Kerana sangkaan itu membuka segala ruang kefasadan.Jangan pernah dilupai sebab perjuangan ini, kerana segala kecelaruan bermula dari hati.

   Mungkin daku tidak sehebat mereka yang lain,tetapi cukuplah Allah meredai perjuanganku ini.Mungkin daku tidak secerdik mereka yang lain,tapi cukuplah keberkahan dilimpahi ke atas segala yang ku miliki.

   Hakikatnya perjuangan ini tidak akan pernah berhenti.Bak kata sang murabbi,penamatnya hanyalah mati.

-sidqi_jr-

Thursday, 10 September 2015

Forever 'Alone'

   Assalamualaikum dan salam keamanan buat Malaysia dan pembaca-pembaca Islamic Avengers di seluruh dunia.Tuan-tuan dan puan-puan,pernahkah anda semua merasai kesunyian?Jika ya,ketahuilah anda sebenarnya tidak pernah kesunyian dan bersendirian.

   Mengapa?kerana di mana sahaja kita berada,akan ada si Dia yang sentiasa menemani kita dan Dia tidak akan sekalipun meninggalkan kita.Ketahuilah,ketika anda menangis bersendirian,si Dia setia mendengar tangisanmu.Ketahuilah,ketika anda menghadapi pelbagai dugaan,si Dia setia bersamamu.Tidak pernah Dia meninggalkanmu walau sedetik.

   Ketika engkau hendak berputus asa,maka ingatlah Dia tidak pernah berputus asa mengharapkan engkau kembali kepadaNya.Ketika engkau bersedih kerana ditinggalkan makhluk,Dia tabah kerana ditinggalkanmu.Beringatlah,kita tidak pernah bersendirian.Kita tidak pernah keseorangan.

   Semua ini adalah kerana,kita punya hati yang bertuhan.Ya,Dialah Tuhan yang Maha Esa.Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Yang tidak pernah melupakan hamba-hambaNya.Tetapi engkau?Masih berharapan diceriakan makhluk penghuni alam khayalan...