Tuesday, 6 October 2015

Islam Untuk Semua

   Kebelakangan ini isu-isu berkenaan masjid seringkali dimainkan di media sosial.Namun begitu,saya hendak menyentuh mengenai satu kesilapan masyarakat Muslim kita apabila berhadapan dengan non-Muslim yang ingin melawat dan mengambil informasi mengenai masjid.

   Di Jerman,pada 3 Oktober setiap tahun akan diadakan hari masjid terbuka ataupun 'Open Mosque Day'.Pada hari tersebut orang-orang bukan Islam dipersilakan untuk memasuki masjid dan bertanya apa sahaja yang mereka hendak tahu mengenai masjid dan agama Islam itu sendiri.Ulang suara, di JERMAN.Jerman bukanlah negara Islam akan tetapi umat-umat Islam di sana bersungguh-sungguh menyebarkan dan menyeru orang ramai ke arah Islam.Mereka disambut penuh mesra oleh orang-orang Islam setibanya mereka di masjid.

   Lain pula skripnya di negara kita Malaysia tercinta apabila orang Melayu kita berfikiran masjid itu hanya untuk orang Melayu sahaja.Bukalah minda anda wahai umat Melayu sekalian.Islam datang sebagai agama rahmat untuk sekalian alam.Tuhan tidak pernah mengatakan Islam hanya untuk orang Melayu sahaja.Tuhan juga tidak pernah menukilkan bahawa Islam itu untuk bangsa Arab sahaja.Islam untuk semua dan semua manusia berhak mengetahui serta menganuti agama Islam yang indah ini.

   Akhir kata,shift your paradigm.Anda mampu mengubahnya...