Thursday, 26 March 2015

April Fool

Era salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.
 
Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.  Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
 
Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.
 
Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.
 
Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
 
Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.
 
Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.
 
Bagi umat Islam, April Fool  merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam  merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang  meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.
 
Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua'lam

Sama2lah kita mengambil iktibar dari tragedi berdarah ini

Thursday, 12 March 2015

Holocaust:Perbandingan Peristiwa Dengan Sejarah Islam

        Assalamualaikum dan selamat datang ke entri terbaru Islamic Avengers.Kali ini kami berminat utk membincangkan mengenai peristiwa Holocaust.Holocaust merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah Yahudi di mana pemerintah Jerman,Adolf Hitler ketika itu merupakan seorang yg anti-semitik atau anti-Yahudi telah menangkap setiap seorang Yahudi di negara Jerman untuk disiksa dgn kejam sehingga mati.Namun,jika diperhatikan peristiwa ini tidaklah sehitam tragedi2 silam yg berlaku dlm sejarah ketamadunan Islam.Awal sekali,izinkan kami membawa anda untuk menyingkap tirai sejarah ketamadunan Islam.Sejarawan telah mencatatkan bahawasanya terdapat dua orang panglima perang yg tidak pernah tewas di dalam setiap peperangan yg disertainya.Mereka ialah Saifullah Khalid bin Al-Walid,panglima tentera Islam dan Genghis Khan,General Agung Empayar Mongol.Biarkan kami bercerita mengenai detik hitam yg dilalui oleh umat Islam semasa Genghis Khan bersama cucunya,Hulagu Khan menakluk empayar Islam Abbasiyyah.Ketika mereka mendekati Bukhara mereka telah sewenang-wenangnya membakar masjid dan memancung kepala semua orang yg berada di Bukhara.Apabila mereka merampas Samarkhand,mereka memancung kepala kesemua penduduk Islam Samarkhand dan dan daripada kepala2 itu mereka menyusun dan membentuk sebuah piramid.Ketika Hulagu tiba di Baghdad,pusat pemerintahan Abbasiyyah ketika itu,dia dan bala tenteranya telah mengumpulkan para ulama Abbasiyyah lalu memberi makan sejenis daging kpd mereka.Lalu tentera2 Hulagu bertanya kpd ulama2 tersebut "Kalian tahukah daging apa yg kalian makan itu?" lalu ulama2 tersebut menjawab "Tidak".Apabila mendengarkan jawapan itu tentera Mongol terus berkata " Yang kalian makan dagingnya itu adalah khinzir.Maka ketika ini doa2 kalian tidak akan termakbul kerana telah memakan makanan yg haram."Setelah itu,tentera2 bengis Mongol pun mulai memancung satu per satu kepala ulama2 Abbasiyyah demikian.Manakala khalifah Abbasiyyah ketika itu,Musta'sim telah dipersoalkan oleh Hulagu Khan mengapa kamu mengumpul harta yg sebanyak ini di bawah istana kamu sedangkan kamu tidak boleh memakannya?lalu Musta'sim menjawab ianya adalah Qadrullah.Hulagu kemudiannya membentak "Biar aku tunjukkan kpd kamu apa itu Qadrullah." lalu beliau mengarahkan tenteranya untuk membalut khalifah itu dgn tikar lalu dipijak-pijak oleh kuda2 tentera Mongol.Seramai 800,000 umat Islam telah mati dipancung dlm kejadian ini.Demikianlah kisah tragis yg berlaku ketika kejatuhan empayar Abbasiyyah.Kita merentas zaman ke zaman khilafah Uthmaniyyah pula.Pernahkah anda mendengar mengenai Dracula?Jadi mesti anda mesti terfikir mengenai sebuah lembaga pontianak yg gemar menghisap darah anak dara sunti.Jadi anda bertanya adakah Sultan Muhammad Al-Fatih melawan pontianak?lpas ni apa?dia lawan Superman?Jawapannya tidak.Dracula ialah seorang lelaki.Ada seorang lelaki bergelar Dracula di zaman khilafah Uthmaniyyah.Dia memerintah wilayah Wallachia di selatan negara yg kita kenali pada hari ini,Romania.Sultan Al-Fatih apabila dia inginkan meluaskan penguasaan ke Eropah timur seperti Bosnia,Serbia,Hungary dan kesemua tanah2 ini,dia telah mendapat satu tentangan hebat drp rakan sepermainannya sendiri,Vlad Tepes atau Dracula yg bermaksud anak syaitan.Sekarang,apa yg dilakukan oleh Dracula ialah sesuatu yg amat berat utk dimaafkan khususnya umat2 Islam.Apa yg dia buat ialah dia telah menyula seramai 20,000 tentera Islam dan membuat hutan manusia drp mayat2 tersebut.Hal ini telah membuatkan Al-Fatih marah lalu beliau merancang strategi utk menawan semula Wallachia.Setelah lama berperang akhirnya Vlad Si Penyula tumbang dan tidak dapat dipastikan sama ada org Islam ataupun org2 Vlad sendiri yg membunuhnya tetapi yg pasti kejayaan milik Islam dan kezaliman tertewas juga akhirnya.Demikian serba sedikit mengenai sejarah tragik tamadun Islam yg mana penderitaan org2 terdahulu adalah lebih dahsyat jika hendak dibandingkan dgn org2 Islam masa kini.Jadi apa solusi anda?Holocaust satu tragedi dahsyat?hmm better think about it again.

Penyunting:The Islamic Hulk
Penerbit:Islamic Avengers

Friday, 6 March 2015

Apa itu ulama salaf,khalaf?Apa itu aliran salafi?

          Assalamualaikum,terima kasih kerana setia membaca blog Islamic Avengers.Dalam entri kali ini,kami berbesar hati ingin berkongsi kpd anda mengenai apa itu ulama salaf,khalaf dan aliran salafi.

        Awal sekali,siapakah dia ulama salaf?Ulama salaf ialah ulama2 yg telah hidup pada 300 tahun pertama hijrah.Mereka2 ini merupakan orang alim yg berpegang teguh dgn ajaran Al-Quran dan As-Sunnah sehingga hari qiamat.Golongan ini juga adalah merupakan golongan yg begitu mahir dlm bidang ilmu terutama fiqh.Dikatakan ulama salaf yg terakhir hidup pada tahun 300 hijrah ialah An-Nasaei.

        Selesai mengenai ulama salaf,kita bergerak pula ke checkpoint berikutnya,ulama khalaf.Ulama khalaf merupakan ulama terkemudian yg hidup dlm jangka masa yg agak lama selepas berakhirnya zaman ulama salaf.Mereka ini merupakan golongan yg agak bercanggah dlm bidang ilmu dgn ulama salaf.Antara percanggahan tersebut ialah mengenai pentakwilan ayat2 mutashabihat ataupun ilmu kalam.Ulama2 salaf hanya mengakui makna dlm ayat tersebut tetapi tidak ditakwilkan dan kaifiatnya diserahkan kpd Allah SWT manakala ulama khalaf mentakwilkan ayat2 ini dgn mnyatakan maksud yg tersirat.Kebanyakan ulama khalaf agak terpesong dlm mnyampaikan dakwah lagi2 berkaitan aqidah.

        Setelah mengetahui mengenai ulama salaf dan khalaf,ayuh kita terokai apa itu aliran fahaman salafi.Salafi pada kata dasarnya ialah salaf.Namun bukanlah maksud salaf di sini ulama2 terdahulu.Perkataan salaf itu ditambah huruf ya' di belakangnya sebagai tanda sifat.Ini bermakna ulama2 salafi ini merupakan golongan yg menyerupai ulama2 terdahulu ataupun ulama salaf iaitu mereka berpegang teguh kpd Al-Quran dan As-Sunnah sehingga hari qiamat.Antara ulama salafi pada hari ini ialah Sheikh Allamah Dr Yusuf Al-Qaradhawi,Sheikh Muhammad Ramadhan Al-Bouty,Sohibus Samahah Dr Muhammad Asri Zainal Abidin,Ustaz Azhar Idrus dan ramai lagi.Semoga mereka ini tergolong dalam golongan yg diberkati Allah hendaknya.

Disunting oleh:The Islamic Hulk
Diterbitkan oleh:Islamic Avengers