Assalamualaikum,terima kasih kerana setia membaca blog Islamic Avengers.Dalam entri kali ini,kami berbesar hati ingin berkongsi kpd anda mengenai apa itu ulama salaf,khalaf dan aliran salafi.
Awal sekali,siapakah dia ulama salaf?Ulama salaf ialah ulama2 yg telah hidup pada 300 tahun pertama hijrah.Mereka2 ini merupakan orang alim yg berpegang teguh dgn ajaran Al-Quran dan As-Sunnah sehingga hari qiamat.Golongan ini juga adalah merupakan golongan yg begitu mahir dlm bidang ilmu terutama fiqh.Dikatakan ulama salaf yg terakhir hidup pada tahun 300 hijrah ialah An-Nasaei.
Selesai mengenai ulama salaf,kita bergerak pula ke checkpoint berikutnya,ulama khalaf.Ulama khalaf merupakan ulama terkemudian yg hidup dlm jangka masa yg agak lama selepas berakhirnya zaman ulama salaf.Mereka ini merupakan golongan yg agak bercanggah dlm bidang ilmu dgn ulama salaf.Antara percanggahan tersebut ialah mengenai pentakwilan ayat2 mutashabihat ataupun ilmu kalam.Ulama2 salaf hanya mengakui makna dlm ayat tersebut tetapi tidak ditakwilkan dan kaifiatnya diserahkan kpd Allah SWT manakala ulama khalaf mentakwilkan ayat2 ini dgn mnyatakan maksud yg tersirat.Kebanyakan ulama khalaf agak terpesong dlm mnyampaikan dakwah lagi2 berkaitan aqidah.
Setelah mengetahui mengenai ulama salaf dan khalaf,ayuh kita terokai apa itu aliran fahaman salafi.Salafi pada kata dasarnya ialah salaf.Namun bukanlah maksud salaf di sini ulama2 terdahulu.Perkataan salaf itu ditambah huruf ya' di belakangnya sebagai tanda sifat.Ini bermakna ulama2 salafi ini merupakan golongan yg menyerupai ulama2 terdahulu ataupun ulama salaf iaitu mereka berpegang teguh kpd Al-Quran dan As-Sunnah sehingga hari qiamat.Antara ulama salafi pada hari ini ialah Sheikh Allamah Dr Yusuf Al-Qaradhawi,Sheikh Muhammad Ramadhan Al-Bouty,Sohibus Samahah Dr Muhammad Asri Zainal Abidin,Ustaz Azhar Idrus dan ramai lagi.Semoga mereka ini tergolong dalam golongan yg diberkati Allah hendaknya.
Disunting oleh:The Islamic Hulk
Diterbitkan oleh:Islamic Avengers
No comments:
Post a Comment