Salam Ramadan buat pembaca-pembaca budiman sekalian.Kali ini saya hendak menyingkapi mengenai sebuah bulan yang padanya tidak ada tolok tandingnya dengan bulan-bulan lain iaitu bulan Ramadan.Apa yang ingin diungkapkan di sini ialah mengenai keajaiban-keajaiban yang berlaku pada bulan mulia ini khususnya di negara kita Malaysia yang tercinta.
Antara keajaiban yang berlaku bila datangnya Ramadan di Malaysia ialah:
1.Penuhnya masjid dan surau.Di bulan-bulan lain,jarang kita melihat masjid atau surau penuh dengan jemaah kecuali ketika solat Jumaat.Ketika 10 malam terakhir lagila,penuh ruang masjid dengan manusia berduyun-duyun beriktikaf memburu Laylatul Qadr.Keadaan ini memang susah hendak dilihat di bulan-bulan lain.Nak datang masjid pun susah,apatah lagi nak iktikaf dan bermalam.
2.Mampu solat 40 rakaat sehari.Di bulan biasa,nak solat 17 rakaat pun boleh jadi satu masalah kerana malas dan sebagainya.Di bulan Ramadan,walaupun berpuasa kita mampu solat lima waktu ditambah dengan solat terawih 23 rakaat beserta witir.Ini adalah kekuatan luarbiasa umat Islam kerana walaupun letih berpuasa,kita gagahkan jua diri untuk terawih 20 rakaat demi memeriahkan Ramadan yang hanya berkunjung setahun sekali
3.Bangun seawal 4 pagi untuk bersahur.Percayalah,bulan-bulan lain memang harapan menjadi layu nak tengok umat Melayu kita bangun awal walaupun untuk bertahajjud sebanyak 2 rakaat.Tapi alhamdulillah,di atas nama sahur berjaya juga kita bangun pagi-pagi buta
Kesimpulannya,hargailah Ramadan kerana kita tidak boleh menjamin peluang kita untuk bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun yang akan datang.Ramadan bulan penuh keajaiban,kami bakal merinduimu...