Pernahkah kita terfikir apa yang menyebabkan kita berjaya dan terus berjaya sehingga ke hari ini?Jawapannya ialah usaha.Tanpa usaha,pasukan Jerman tidak akan menjuarai Piala Dunia FIFA tahun lalu.Tanpa usaha,mana mungkin seorang pelajar mampu mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Tanpa usaha,mana mungkin Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari mampu menjadi salah seorang manusia terkaya di Malaysia ini.Di zaman Amirul Mu'minin Umar Al-Khattab ada seorang lelaki berdoa siang malam mintak rezeki daripada Allah Taala akan tetapi dia malas bekerja dan berusaha.Melihatkan keadaan ini,Sayyidina Umar menegur lelaki tersebut "Adakah kamu mengira bahawa emas akan turun dari langit?Sudah,pergilah berusaha mencari pekerjaan demi mendapatkan rezeki dari Allah SWT.Allah tak akan bagi rezeki tanpa ada penyebab.". Demikianlah juga kita.Allah takkan bagi kita pandai kalau kita hanya berdoa dan mengharapkan rezeki Allah tanpa berusaha.Jangan pula asyik memberi alasan tidak mahu berusaha kerana kesukaran dan kesulitan yang dihadapi.Omputeh kata " No pain,no gain".Akar usaha itu pahit namun buahnya amat manis.Berusahalah wahai saudaraku!
No comments:
Post a Comment