Assalamualaikum dan salam keamanan buat seluruh dunia.Sudah sekian lama kami tidak menulis di blog kesayangan kami ni.In Shaa Allah kali ini kita akan mengupas mengenai jenis-jenis haram dari aspek makan dan minum memandangkan makan dan minum adalah perkara penting yang perlu kita penuhi sebagai tuntutan lahiriah kita.Dalam aspek makan dan minum,haram terdapat dua jenis iaitu:
Haram Lizatihi
Makanan dan minuman yang haram lizatihi atau secara fizikalnya haram
Contoh:Babi dan arak.Kedua makanan dan minuman ini haram kerana pada ciri-ciri fizikalnya ianya memang haram kerana mengandungi mudarat dan bahaya.Buatlah macam mana sekali pun kedua perkara ini memang telah termaktub dalam Al-Kitab sebagai haram dan hukumnya kekal sampai bila-bila.Hatta kamu sembelih babi mengikut cara Islam sekalipun ianya tetap haram sebab mudarat yang dibawa oleh tubuh badan babi itu sendiri
Haram Lighairihi
Maksud kategori ini ialah makanan itu asalnya halal tapi kerana perkara-perkara luaran ianya menjadi haram
Contoh:Ayam yang tidak disembelih atau disembelih dengan cara dan kaedah yang salah.Ayam adalah haiwan yang halal dimakan tetapi dek kerana ianya tidak disembelih dengan betul maka ia pun jatuh hukum haram ke atasnya.Adapun sembelih cara betul tapi beli ayam tu guna duit dari sumber yang haram maka jatuhlah hukum haram ke atas kita daripada memakan ayam tersebut.Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment