Friday, 24 April 2015

Copypaste,Forward,Share




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Alhamdulillah saya masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk sekali lagi menulis dalam blog ini.Kali ini kita akan mengupas serba sedikit mengenai 'Copypaste,Forward,Share'.Umum mengetahui bahawa istilah-istilah ini sangat famous dalam media sosial seperti Whatsapp,Wechat,Facebook,Twitter dan sebagainya.
Perkataan-perkataan ini terpakai apabila kita hendak berkongsi maklumat,mengemukakan berita daripada orang lain dan mengetengahkan perkataan atau perbuatan orang-orang yang ternama.Copypaste ataupun dalam bahasa mudahnya tiru dan tampal adalah dibolehkan mengikut maslahah yang dibawa oleh sesuatu maklumat tersebut.Copypaste dalam kebaikan adalah digalakkan kerana kita meniru kebaikan yang dilakukan oleh orang lain dan dibolehkan kita mengambil kata-kata orang lain untuk disampaikan kepada masyarakat sebagaimana Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Abdullah Ibn Amr "Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat".Ini menandakan Nabi menggalakkan ke atas kita untuk menyebarkan kata-kata Baginda dalam menjalankan kebaikan.Dalam satu hadis lain riwayat Imam Muslim Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa yang memulai mengerjakan perbuatan baik dalam Islam, maka dia akan memperoleh pahalanya dan pahala orang yang mencontoh perbuatan itu, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barangsiapa yang memulai kebiasaan buruk, maka dia akan mendapatkan dosanya, dan dosa orang yang mengikutinya dengan tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.".Maksudnya di sini sesiapa yang melakukan amalan baik maka dia akan mendapat ganjaran dan ganjaran orang-orang yang mencontohinya tanpa mengurangi sedikit pun ganjaran mereka.Namun,apa yang merisaukan pada hari ini ialah copypaste,forward dan share ini menjadi sebuah medium yang menyebabkan berlakunya penyebaran fitnah di media sosial hasil kecuaian para pengguna dalam meneliti dan menganalisa sesuatu berita sebelum menyebarkannya.Telah banyak tersebarnya berita-berita palsu dan lebih menyedihkan hadis-hadis palsu juga banyak tersebar.Sungguh berat akibatnya mereka-mereka yang menyebarkan hadis palsu ini kerana mereka menyebarkan sesuatu yang tidak benar dan bohong mengenai Rasulullah SAW.Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa berdusta atas namaku maka hendaklah dia menempati tempat duduknya dari neraka."Hadis riwayat Muslim.Hadis ini menerangkan kepada kita tentang betapa besarnya akibat kita membohong atas nama Rasulullah SAW.Di media sosial hari ini saya lihat cukup ramai orang yang menyebarkan hadis palsu terutamanya apabila datangnya bulan Rejab,Syaaban dan Ramadhan.Tidak kurang juga ada manusia-manusia menyebarkan cerita berlatarkan cinta yang disandarkan kepada Rasulullah demi untuk menghalalkan perbuatan mereka berkasih dan berpacaran sebelum nikah.Apa sudah jadi dengan umat Islam hari ini?Sanggup kita memfitnah Rasulullah SAW hanya kerana ingin memuaskan hawa nafsu kita.Baru-baru ini juga telah tersebarnya fitnah yang mengatakan bahawa mufti Arab Saudi mengeluarkan fatwa 'Halal bagi seorang suami memakan daging isterinya'.Sheikh tersebut apabila ditanya oleh wartawan dia mengatakan "Apakah yang kamu perkatakan ini?Bila masa saya keluarkan fatwa sebegini?".Apabila disiasat dari mana datangnya sumber fitnah itu rupa-rupanya cerita itu datang dari sebuah akhbar Iran.Puak Syiah telah melakukan sebuah fitnah besar ke atas mufti tersebut.Allah SWT telah berfirman " Fitnah itu lebih besar/dahsyat daripada membunuh".Ini adalah amaran keras daripada Allah Taala.Kita yang jahil ni pun main sebar je cerita tu tanpa melakukan sebarang penelitian.Allah berfirman "Apabila datang sesuatu berita daripada golongan fasiq/munafiq maka siasatlah dahulu". Apa yang kita lakukan ketika ini ialah baca dan sebar sahaja tanpa sebarang penelitian mengenai kesahihan berita tersebut.Baiklah setelah panjang lebar saya membebel,ingin saya rumuskan bahawa penyebar fitnah itu tempatnya di neraka dan kita yang sat lagi ni nak jadi penyebar jugak haruslah memeriksa dan mengkaji kesahihan berita tersebut sebelum menyebarkannya.Jika anda prihatin maka ikutlah apa yang dipesan oleh Allah dan RasulNya.Jika sebaliknya semoga anda diselamatkan daripada bala bencana hasil perbuatan anda wal'iyyazubillah.Sekian,wallahua'lam

No comments:

Post a Comment