Saturday, 11 April 2015

Pertandingan:Medan Pertarungan atau Pentas Perhubungan?

                Assalamualaikum dan alhamdulillah saya masih diberi ruang dan peluang untuk menulis dalam blog ni.Untuk pengetahuan semua petang tadi saya baru je memenangi tempat ketiga acara Sepaktakraw di medan Sports and Martial Arts Carnival yang bertempat di Pusat Asasi UIAM,tempat pengajian saya.Nombor tiga beb.Bukan senang nak dapat hahaha.Lagipun berbalik pada pertandingan tadi,saya berasa gembira untuk berkongsi serba sedikit pandangan saya mengenai 'pertandingan'.
              Seperti yg semua sedia maklum,pertandingan merupakan sebuah acara yg dianjurkan untuk mencari yang terbaik di antara yg terbaik.Namun,apa yg kita lihat dalam masyarakat kita pada hari ini ialah mereka berbalah dan bertelingkah hanya kerana individu atau pasukan yg mewakili pihak mereka kalah dalam sebuah pertandingan.Sebenarnya perkara ini sangatlah tidak dianjurkan dalam Islam.Kita harus menerima bahawasanya adat pertandingan itu ialah ada pihak yg menang dan ada pihak yg kalah.Yang menang haruslah bersyukur di atas nikmat yg dikurniakan dan berusaha untuk menjadi yg lebih baik.Manakala yg kalah,kita harus bermujahadah dan muhasabah mengapa terjadinya kekalahan tersebut.Mungkin kerana kurang skill ka,kurang latihan ka,siapa tau.Dengan itu kita pun bolehlah mengenalpasti dan membaiki kecacatan yg ada agar boleh berjaya di masa depan.
               Pertandingan juga adalah medium untuk kita mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.Walaupun kita dan pihak lawan adalah musuh di dalam gelanggang/tempat pertandingan,namun itu bukanlah alasan utk kita menjadi musuh ketat di luar juga.Sepatutnya kita menjalinkan ikatan baru bersama orang baru dalam hidup kita.Tidak moleklah jika menang pertandingan tapi sombong dan bongkak dengan pihak lawan serta orang kebanyakan.Jangan sampai kemenangan kita itu jadi istidraj iaitu nikmat yg Allah berikan agar kita bertambah sesat lagi wal'iyyazubillah.Jadi konklusinya hendaklah kita sabar dan redha terhadap apa jua keputusan kita dalam ssebuah pertandingan dan jangan jadikan alasan pertandingan sebagai sebab utk kita bermusuh sepanjang masa dgn pihak lawan.Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment