Assalamualaikum,duhai sahabatku yg tercinta adakah engkau masih mengingati kenangan2 kita semasa di bangku persekolahan dahulu?adakah engkau tersenyum keseorangan mengenangkan segala peristiwa lucu yg kita lalui bersama?
Jika engkau masih ingat maka ketahuilah bahawasanya aku juga tidak akan pernah lupa segala kenangan pahit dan manis yg kita lalui sepanjang persahabatan ini.Suka,duka,ceria,hiba semuanya telah kita alami bersama.Kini kita terpisah jauh.Jauh dari segala gelak tawa.Jauh dari segala tangis hiba.Apa yang ingin ku cuba sampaikan di sini adalah pengertian dan apakah tujuan kita bersahabat.Adakah kerana glamour populariti semata-mata ataupun kerana kemewahan harta benda?Semestinya tidak.Persahabatan ataupun ukhwah yg terbina ini adalah sebuah anugerah.Anugerah yg dikurniakan oleh Sang Pencipta kepada makhluk ciptaan-Nya.Anugerah yg telah diungkapkan dalam kata2 utusan Ilahi sebagai salah satu 'Halawatul Iman' iaitu kemanisan iman.Sungguh,aku rasa begitu beruntung sekali dapat mengenalimu walaupun aku ini amat kerdil dan hina orangnya.Walaupun aku ini kekurangan dari segi rupa dan harta.Namun hatimu masih mampu digilap oleh kelembutan yg Maha Lembut untuk menerimaku seadanya.Izinkan aku berbicara untuk mengungkap sebuah rasa yg manis hendaknya.Betapa banyak rintangan dan ujian yg telah kita lalui bersama namun itu semua tidak pernah walau sekali pun menjarakkan jurang hubungan antara kita.Hari ini dengan berkembangnya teknologi maya,kita dapat merasai nikmat berhubung dan bersandiwara walaupun tidak mampu bersua.Segala gelak tawa yg kita hilaikan dahulu bagai benar- benar dirasa walaupun hanya melalui tulisan2 kata.Di sini aku ingin berterima kasih kpd yang Maha Esa kerana sentiasa memelihara hubungan ini yg dijalinkan hanya di atas namaNya.Aku rasa begitu bertuah kerana diberikan peluang oleh yg Maha Perkasa utk menjadi sebahagian daripada legasi hebat persahabatan ini.Ku harap kau merasakan jua apa yg ku rasakan kerana kalamNya telah berbicara mu'min itu adalah saudara kpd mu'min yg lain.Mereka bagaikan bangunan yg saling mengukuhkan di antara satu sama lain.
Duhai sahabat,inginku meninggalkan sebuah wasiat agar engkau tidak memutuskan pertalian ini.Ku berharap agar engkau akan sentiasa berada di sisi tak kira tika susah dan senang dan sekiranya engkau tidak menemuiku di dalam syurga maka bertanyalah mengenaiku kerana di situlah terletaknya pengakhiran sebuah persahabatan yg dijalinkan kerana pencipta syurga itu.Di situ juga kita akan menikmati sebuah kemanisan yg tiada taranya iaitu kemanisan ukhwah fillah abadan abada.Sekian dari sahabat yg selalu mengingati dan mendoakanmu walau namaku sudah hilang dari kotak ingatanmu.Salam ukhwah
Published by:The Hulk
Produced by:Islamic Avengers
No comments:
Post a Comment