Sunday, 5 April 2015

Hiburan:Indah atau Fitnah?

        Dimulakan entri baharu ini dgn nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Kali ini saya ingin mengupas serba sedikit mengenai topik yg agak hangat ketika ini iaitu 'Hiburan'.
         Islam tidak mengharamkan hiburan itu 100%.Namun,Islam juga tidak menjadikan hiburan itu sebagai aspek kehidupan yg mempunyai nilai yg besar.Hukum hiburan dalam Islam adalah harus dan tidak dilarang berdasarkan dalil-dalil yg jelas dan rajih dari Al-Quran dan As-Sunnah.Buktinya,Rasulullah tidak melarang bahkan membiarkan dua orang jariah (budak perempuan) menyanyi memperingati peperangan Baath ketika berada di rumah isterinya Aishah R.A.Dalam Al-Quran juga memperihalkan bagaimana sikap para sahabat meninggalkan Nabi yg sedang berkhutbah dan pergi ke arah rombongan dagangan yg baru sahaja pulang dari Syam dgn barang dagangan dan juga hiburan.Maka ketika itu Allah mengarahkan Rasul SAW utk memperingatkan para sahabat bahawasanya pahala ataupun ganjaran di sisi Allah adalah lebih baik daripada hiburan dan barang-barang dagangan itu.Berdasarkan ayat ini,Majlis Fatwa kebangsaan telah bersepakat bahawa hiburan dalam Islam adalah harus kerana di dalam ayat tersebut tidak ada larangan mengenainya.Hiburan sememangnya sebuah perkara yg baik untuk kesihatan rohani dan jasmani bak lirik lagu kumpulan Raihan "Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah". Barangsiapa yg mengatakan bahawa hiburan itu tidak perlu maka bagi saya dia bukan manusia kerana dia mampu menangani stres,keletihan,keserabutan kepala otak tanpa memerlukan hiburan.Ada ke manusia macam ni?Kalau ada maknanya dia telah melampaui batasan seorang manusia.Rasulullah SAW yg maksum pun berhibur sekali-sekala bukannya beribadah sepanjang masa cumanya Nabi SAW adalah seorang yang bijak membahagikan masa untuk ibadah,muamalah,hiburan,siasah dan pelbagai lagi urusan dunia.Ok itu adalah antara maslahah yg dibawa oleh hiburan kpd kita.
            Persoalannya adakah hiburan itu indah atau fitnah?Di sini saya nak sambung lirik Raihan tadi yg mana sambungannya berbunyi "hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah". Jika kita perhatikan pada ungkapan 'salah memilihnya' kita akan dapati hiburan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang haram dan juga yang halal.Hiburan yg pada zahirnya kita tahu haram sebenarnya tidak membawa masalah besar pun sekiranya kita tahu bahawa ianya haram.Yang menjadi masalah besar di sini ialah hiburan yang pada asalnya halal dan harus menjadi haram dek kerana kelekaan dan kealpaan kita sendiri.Saya taknak ulas pasal hiburan yg haram kerana pada zahirnya kita tahu dia haram dan tak boleh dipertikaikan lagi hukumnya seperti meminum arak,judi,seks bebas,zina dan sebagainya kerana kita sudah sedia maklum mengenainya.Jika kita lihat kebanyakan orang dalam masyarakat kita hari ini terutamanya orang muda menjadikan banyak perkara sebagai hiburan seperti muzik,panggung wayang,internet dan sebagainya.Pada asalnya hukum sesuatu itu adalah harus namun boleh menjadi haram atau halal sekiranya disokong kuat oleh dalil2 qat'i dan juga maslahah atau sayyi'ah yang dibawa oleh perkara tersebut.Jika ianya mendatangkan kebaikan maka adalah diharuskan kita mengamalkannya.Jika sebaliknya maka haramlah jadinya.Macam merokok misalnya.Dikeluarkan fatwa haramnya merokok ini adalah kerana kesannya kepada kesihatan diri dan juga kesihatan orang di sekeliling.Maka diharamkanlah merokok berdasarkan ayat Al-Quran Al-Karim yang menyebutkan "Tidak mudarat dan tidak memudaratkan". Rokok tidak menepati ciri yg disebutkan dlm ayat ini oleh kerana sifatnya yg mudarat dan boleh memudaratkan maka ulama bersepakat mengatakan merokok itu haram.Begitu juga dengan hiburan.Pada asalnya hiburan itu harus namun ianya menjadi haram oleh kerana kelekaan kita untuk menunaikan kewajipan kita sebagai seorang Muslim dek kerana hiburan yang melampau-lampau ini.Main internet sampai pukul 4,5 pagi tapi subuh tak bangun.Haram apa yg kita buat tadi tu.Tengok wayang sampai lupa solat,haram perbuatan kita tengok wayang tadi tu.Oleh itu sebelum saya mengakhiri entri ini,saya nak mengajak pembaca2 budiman sekalian agar ingat kembali apa tujuan Allah ciptakan kita,apa objektif kita diciptakan iaitu adalah untuk beribadah dan keduanya sebagai khalifah yg memerintah muka bumi Allah ini dgn adil dan bijaksana.Macam mana nak jadi khalifah kalau kerja dok berhibur memanjang sampai lupa solat,lupa zikir,lupa menunaikan hak Allah?Macam mana nak jadi khalifah kalau ilmu belum cukup di dada tapi hiburan menjadi kerja utama?Macam mana rakyat nak jadi baik kalau pemimpin sendiri leka dan alpa?Maka dgn itu fikir2kanlah dan selamat beramal.Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment