Assalamualaikum dan salam keamanan buat seluruh dunia.Baru2 ini saya ada terbaca di facebook mengenai sebuah gereja di sekitar Petaling Jaya diarahkan menurunkan lambang salib besar yang terpampang di bangunan itu setelah protes dilakukan oleh orang awam.Berkenaan hal ini,ingin saya singkapkan kisah ketika Amirul Mu'minin Umar Al-Khattab merampas Baitulmaqdis daripada penguasaan orang2 Nasrani yang diketuai oleh Sofrawani atau nama Kristiannya Sophranius.
Ketika berjaya menduduki Baitulmaqdis,Sayyidina Umar memeriksa keadaan sebuah synagog atau kuil Yahudi yang terletak di kota tersebut.Beliau terkejut mendapati bahawa tempat suci orang Yahudi itu dicemari sampah sarap dan najis hasil perbuatan tidak bertanggungjawab orang2 Kristian.Melihatkan keadaan itu,Khalifah Umar dengan segera membersihkan kuil tersebut dengan tangannya sendiri berserta bantuan daripada orang Mu'min yang lain.Mesej dan pengajaran yang hendak disampaikan di sini ialah bagaimana Islam mempamerkan keindahannya dengan menghormati masyarakat non-Muslim dan kepercayaan mereka.Islam melarang umatnya menghina pengikut agama lain kerana hati mereka masih belum terbuka untuk menerima ajaran agama fitrah iaitu agama Islam.Kerajaan Islam Madinah di zaman Rasulullah SAW juga tidak melarang orang Nasrani dan Yahudi yg menetap di Madinah mengamalkan kepercayaan mereka.Islam itu sebuah agama yang indah dan bertoleransi dengan umat manusia yang lain.Dalam satu hadis riwayat Imam Muslim,Rasulullah memberi amaran keras kepada mereka yang menyakiti kafir dzimmi (kafir yg menetap dan membayar cukai di negara Islam) dengan bersabda "Barangsiapa yang menyakiti kafir dzimmi,maka aku adalah lawannya di akhirat.".Begitulah bagaimana Islam mengajar umatnya agar menghormati golongan non-Muslim dan kepercayaan mereka.Adalah tidak wajar kita berprotes bagi menjatuhkan rumah ibadat mereka sedangkan mereka langsung tidak kisah tentang laungan azan yang kuat di kawasan kediaman mereka bahkan mereka menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan di negara ini.Saya ulangi Islam itu indah dan Islam tidak memaksa mana2 golongan bukan Islam memeluk ajarannya.Semoga entri kali ini memberi sedikit sebanyak iktibar buat diri kita yg daif lagi hina ini.Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment