Tuesday, 15 December 2015

Wahai Umat,angkatlah senjatamu!

Dulu masa perang di Bosnia, Malaysia muncul sebagai satu-satunya negara yang berani menghantar tentera untuk membantu mujahidin Bosnia bawah arahan Tun M. Arab Saudi pun tak berani hantar tentera waktu tu. Bahkan diceritakan bahawa pasukan Vat69 Malaysia ketika itu tidak pernah tewas berdepan penjenayah Serbia kerana begitu cekap dalam taktikal perang gerila dan serang hendap.

Kini saudara kita menderita di Palestin,Syria dan seluruh dunia. Kenapa kita tak hantar tentera? Apa kegunaan aset-aset berharga milik ATM?

Jangan ditanya mengenai tentera. Persoalan utama ialah apa usaha KITA dalam membantu saudara-saudara kita ini? Adakah kita cukup cakna dan peduli mengenai hal ehwal saudara-saudara kita di sana?

Di saat tidak mampu berbuat apa-apa, kita hanya ada satu senjata. Senjata yang amat tajam lagi ampuh. Apakah senjata itu? Doa. Tanpa doa,mana mungkin mujahidin Bosnia berjaya menewaskan pelampau-pelampau Serbia. Tanpa doa,mana mungkin Hamas dan Al-Qassam masih berjuang dan bertahan di bumi Al-Aqsa. Tanpa doa,tiadalah kekuatan bagi mujahidin Syria untuk terus berjuang. Oleh itu marilah kita bersama-sama menadah tangan dan berdoa agar Allah lindungi saudara-saudara kita. Agar Allah ringankan penderitaan mereka. Semoga Allah menggagalkan rancangan jahat para musyrikin dalam merosakkan bumi ciptaan-Nya.

Selain berdoa, marilah kita terus memupuk kesedaran kepada masyarakat mengenai penderitaan saudara-saudara kita. Semoga lebih ramai umat Islam tahu akan hal ehwal saudara mereka di seluruh dunia. Paling mustahak,semoga semua umat Islam bangkit menggunakan senjata ampuh mereka iaitu DOA!

No comments:

Post a Comment