Sunday, 6 December 2015

Antara Menghukum dan Menegur

Salah satu penyakit hati orang Islam kenamaan Malaysia dan juga rakyat biasa ialah kita sukar menerima teguran. Ada sebahagian tu berkata "Siapalah kita untuk menghukum manusia".

Duhai rakyat jelata sekalian, menegur dan menghukum itu merupakan perbezaan yang nyata. Saya selit contoh sikit ye.

Menegur: " Awak,tutup aurat tu. Kita orang Islam wajib tutup aurat."

Menghukum: "You ni bukan Islam ke?Dedah sini dedah sana. Solat berjemaah pun tak datang."

Sekarang nampak beza dia kan?

Menegur itu untuk menjadikan orang tersebut lebih baik. Al-Quran kata berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman (51:55).

Adapun kalau kita terus melakukan andaian atau tanggapan-tanggapan terhadap seseorang,maka itulah namanya kita menghukumnya terlebih dahulu tanpa cuba menasihati dan membimbingnya. Kalau kita terus beranggapan sebegini, ditakuti orang tersebut tidak akan menerima dakwah kita bahkan menyinggung pula. Bukankah dalam berdakwah itu perlu berhikmah? (16:125)

Memang benar kita tidak layak menghukum manusia. Oleh sebab itulah wujudnya hukum Allah yang Maha Adil sebagai panduan kita dalam menjalani kehidupan seharian. Tidak seperti hukum atau undang-undang ciptaan manusia yang sentiasa ada cacat celanya,berat sebelah dan sebagainya.

Kita kata kita ini tidak layak menghukum manusia tapi mengapa masih berdolak-dalih dalam mengikuti serta mematuhi hukum Allah? Bukankah kita tidak layak menghukum manusia? Bukankah hanya Tuhan yang layak menghakimi kita?

No comments:

Post a Comment