Sunday, 28 December 2014

Kabinet Islamic Avengers

         Setelah dipersetujui,saya selaku presiden Islamic Avengers ingin mengumumkan senarai penuh kabinet Islamic Avengers.Senarainya adalah seperti berikut:

Presiden:The Islamic Hulk
Timbalan Presiden:Hawkeye Al-Islami
Mursyidul Am:Flash Al-Qaradhawy
Exco Perhubungan dan Komunikasi:Insanul Ankabuut
Exco Siaraya dan Publisiti:Batman Al-Kahfi
Exco Keselamatan dan Kesihatan:Al-Hadid Stark
Exco Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa:Akhdoru Lantern
Exco Diplomatik Antarabangsa:Darul Aqil
Exco Kediaman dan Keselesaan:Abramul Thor
Exco Ketenangan dan Keharmonian Awam:Captain Avengers
Exco Tarbiyyah dan Keagamaan:Wolverodzi

Friday, 26 December 2014

Pembahagian Golongan Kafir atau Non-Muslim

Golongan non-Muslim ini dibahagikan kpd 4 iaitu:
1.Abu Jahal
2.Abu Talib
3.Nasrani dan Yahudi Madinah
4.Empayar Rom

Penjelasan:
1.Abu Jahal
Kafir jenis ini diserupakan dgn Abu Jahal kerana kuat menentang dan suka mencari alasan bagi memerangi kaum Muslimin sepertimana Abu Jahal yg suka menentang anak saudaranya sendiri iaitu Nabi Muhammad SAW

2.Abu Talib
Disamakan golongan ini dgn Abu Talib ialah kerana walaupun mereka bukan beragama Islam tetapi mereka juga merupakan sebahagian dari golongan yg menegakkan dan membantu dlm perjuangan Islam seperti Abu Talib yg membantu dan melindungi anak saudaranya Muhammad SAW  dlm perjuangan dakwah baginda.

3.Nasrani dan Yahudi Madinah
Golongan ini merupakan mereka yg bukan Islam tetapi menetap dan berlindung di bawah naungan empayar Islam sebagaimana rakyat Madinah yg terdiri drp golongan Yahudi dan Nasrani yg berlindung di bawah kerajaan Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad SAW.Begitu juga perihalnya dgn golongan2 Kristian Konstantinopel yg berlindung di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh rahimahullah.Mereka hanya menjaga urusan mereka sendiri dan tidak pula memusuhi org2 Islam bahkan menawarkan bantuan kpd orang Islam apabila diperlukan.

4.Empayar Rom
Diumpamakan kafir ini dgn empayar Rom kerana mereka ini adalah negara kafir yg mempunyai perjanjian dgn kerajaan Islam samada dari aspek ketenteraan,ekonomi dan sebagainya.Sebagai contoh kerajaan kristian Wallachia di selatan Romania yg mmpunyai perjanjian dgn kerajaan Islam Sultan Muhammad II.

Begitulah singkapan sedikit sebanyak dlm entri kali ini.Wallahua'lam

Thursday, 18 December 2014

Taadud Jemaah Alaf Baru

Menuju konsep taadud jemaah alaf baru.

Jangan pesimis dengan kewujudan jemaah lain, jangan anggap selain kita ialah tak lengkap, tak menyeluruh, semua boleh claim manhaj mereka terbaik, tapi jangan sampai terlalu taksub sehingga membawa kepada fanatik jemaah, dan sekaligus menafikan peranan jemaah lain.

Memang kita perlu insafi hakikat perpecahan jemaah kalau telusuri sejarahnya, dalam islam menganjurkan kita untuk duduk dalam satu sahaja jemaah, tapi benda dah berlaku, dan kewujudan jemaah lain memang tak boleh nak ditolak lagi.

Apa lagi yang kita boleh buat?
Terus gaduh? Terus berebut? Terus berbalah?

Sudah-sudahlah, sejarah perbalahan, persengketaan, perpecahan itu abang kakak/senior zaman itu yang rasa, luka mereka yang rasa, itu peristiwa mereka sehingga membentuk sejarah yang kita fahami sekarang.

Kita yang sekadar mempelajari sejarah ini? Nak teruskan perpecahan atau nak menuju konsep baru, yang menawarkan kedamaian, yang menghilangkan persengketaan.

The very basic foundation yang perlu difahami oleh setiap ahli gerakan (semua haraki mahupun ngo) ialah kita perlu keluarkan diri dari kepompong orang lama, ini zaman kita, jadi kita yang perlu corakkan. Sejarah sekadar tauladan membentengi dengan sempadan, jangan sampai jadi ikut-ikutan

Lebih awal daripada itu, Sa’id Hawwa sudah pun mencetuskan hal ini lebih 20 tahun yang lalu.

Pendapat yang sangat sulit untuk masuk ke wacana arus perdana golongan Islamis.

Pandangan kritis Sa’id Hawwa di dalam kitab Jundullāh Takhtītan, dimulakan dengan bab pertama buku berkenaan di bawah tajuk Penggabungan Secara Emosi (الإنتماء العاطفي) dan Penggabungan Secara Organisasi (الإنتماء التنظيمي). Penggabungan ‘ātifī itu bermaksud, kebersamaan yang tidak membabitkan pendaftaran (jika membabitkan pendaftaran) dan penyertaan rasmi sebagai ahli sesebuah pertubuhan. Manakala penggabungan tanzīmī adalah penyertaan secara rasmi sebagai ahli.

Biar pun kita memang mengimpikan umat Islam itu satu negaranya, satu khilafahnya, satu imamnya dan kini satu jemaahnya, kita akur bahawa umat Islam sudah lebih seribu tahun hidup dalam kepelbagaian perhimpunan di peringkat mikro dan makro.

Kebersamaan seorang Muslim dalam perjuangan Islam tidak disyaratkan bahawa ia hanya diterima jika kebersamaan itu adalah dalam bentuk penyertaan dan penggabungan sebagai ahli kepada sebuah jamaah. Sebaliknya gerakan Islam mesti membuka ruang untuk kebersamaan tanpa menjadi ahli kerana umat Islam mempunyai sebab yang pelbagai untuk tidak menjadi ahli, sedangkan mereka menyumbang secara signifikan dalam pelbagai bentuk dan cara.

Dalam bahasa yang lebih semasa, gerakan Islam perlu bersikap dengan sikap yang inklusif dan bukan eksklusif.

Disunting oleh:The Flash
Diterbitkan oleh:Islamic Avengers

Tuesday, 16 December 2014

Kisah Ta'labah

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta’labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta’labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha’labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

“A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa!
Ya Allah…”

Rintihan Tha’labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha’labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha’labah beberapa hari namun Tha’labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha’labah dan beliau terjumpa Tha’labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata “Tha’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”


“Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka.” Kata Tha’labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha’labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha’labah, Tha’labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha’labah.

Tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, “kenapa wahai Tha’labah?”

“Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,” kata Tha’labah.

“Apa yang kamu mahu Tha’labah?”

“Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”

Cita-citanya hanya Syurga

“Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”

“Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, “wahai Tha’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”

Tidak lama selepas itu, Tha’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha’labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”

Rasulullah menjawab, “kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha’labah ke kubur.”

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Sumber:Dakwah Para Da'i
Disunting oleh:The Islamic Hulk
Diterbitkan oleh:Islamic Avengers

Sunday, 14 December 2014

Syarat Nak Tengok Wayang

Syarat-syarat yang harus dipatuhi kalau nk tengok wayang:

1.Bahan tayangan hendaklah bebas dari unsur lucah,ganas dan perkara-perkara yang boleh mempengaruhi minda serta boleh menjatuhkan aqidah.

2.Hendaklah tayangan itu tidak melalaikan kita daripada solat.

3.Ikthtilat antara lelaki dan perempuan ajnabi hendaklah dijaga ketika berada di dalam panggung wayang.

Sumber:Buku Siri Pemikiran Yusuf Al-Qaradhawi:Fiqh Hiburan dan Rekreasi
Disunting oleh:The Islamic Hulk
Diterbitkan oleh:Islamic Avengers

Terkena Najis Khinzir

Soalan: Jika seseorang bimbang bekas atau pakaiannya terkena najis khinzir. Dia tidak pasti. Patutkah membasuh semua tempat itu dengan air tanah? Apakah yang harus dilakukannya?

Jawapan: Soalan saudara ada beberapa perkara berkaitan;
1. Kita tidak patut mengandaikan perkara yang kita tidak nampak. Asal sesuatu yang bersih itu kekal dianggap bersih sehingga terbukti secara yakin ia telah dicemari najis. Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal yang bersih itu.

2. Apa yang disebut dalam hadis tentang basuh dengan air tanah hanyalah membabitkan anjing. Ini seperti sabda Nabi s.a.w :
طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِيهِ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ
“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim, lafaz Muslim).
Hadis ini hanya menyebut jilatan (dalam riwayat al-Bukhari minuman) anjing dan tiada satu pun hadis yang menyebut khinzir.

3. Pendapat yang mewajibkan membasuh kesan khinzir dengan air tanah adalah pendapat mazhab Syafi’i kerana mereka menyamakannya dengan anjing ataupun lebih najis dari anjing. Sementara majoriti ulama berpendapat memadai kesan khinzir itu dibasuh dengan air tanpa memerlukan tanah. Apa yang penting basuhan itu menghilangkan kesan najis tersebut. Ini kerana tiada dalil yang menyatakan khindir wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan termasuk satu kali air tanah. Pendapat ini disokong oleh tokoh besar Mazhab al-Syafi’i sendiri –walaupun ini berbeza dengan mazhabnya- iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) yang banyak mensyarahkan mazhab al-Imam al-Syafii. Kata Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman (seorang ilmuwan dalam mazhab al-Syafi’i, meninggal 780H): “Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali. Inilah pendapat yang paling sah dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Nawawi: Yang lebih tepat dari segi dalil memadai membasuh kesan khinzir sebanyak sekali tanpa tanah. Inilah pendapat kebanyakan ulama dan inilah pendapat yang diterima pakai. Ini kerana asal sesuatu perkara tidak wajib melainkan adanya dalil syarak”. (Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi’i, Rahmah al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah, m.s 9, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

4. Pendapat majoriti ulama ini di samping lebih kuat, ia juga lebih memudahkan kita berurusan terutama bagi yang makan di hotel, kapalterbang, bertandang ke rumah jiran atau kenalan bukan muslim kerana bahan ataupun unsur khinzir mungkin sering digunakan oleh mereka. Memadailah kita mendapati sesuatu bekas itu bersih tanpa perlu ia dibasuh sebanyak tujuh kali bersama tanah.

Disunting oleh:The Islamic Hulk
Diterbitkan oleh:Islamic Avengers

Tuesday, 9 December 2014

Kaedah Penentuan 'Marhalah'

          Pernah dengar tak syarat rukhsah sembahyang semasa bermusafir ialah perjalanan mestilah melebihi dua marhalah dari tempat bermastautin?well,jarak satu marhalah ialah bersamaan dengan 45km++.Persoalannya bagaimanakah ulama' menentukan jarak marhalah tersebut sedangkan semasa zaman Rasulullah SAW tiada ukuran metric seperti km,cm,mm dan sebagainya?

          Jawapannya mudah.Untuk pengetahuan semua semasa zaman Rasulullah SAW,baginda akan menaiki unta untuk menuju ke destinasi tertentu.Unta ni perangai dia dia tak akan berhenti melainkan disuruh untuk berhenti.Kalau tiba-tiba unta tu berhenti makanya unta tu dah penat dan perlukan sedikit rehat untuk menyambung perjalanan.Jarak di antara tempat mula-mula berjalan sehingga tempat unta tu berhentilah dinamakan sebagai satu marhalah.Ini bermakna satu marhalah iaitu satu hentian unta bersamaan dengan 45km++.Begitulah kaedahnya ulama' menentukan jarak marhalah tersebut.Makanya syarat rukhsah sembahyang atau sembahyang jamak semasa bermusafir ialah sebanyak dua marhalah atau dua hentian unta.Hentian unta secara automatik tauu bukan kita yg suruh unta tu berhenti dua kali.Ini suruh berhenti dua kali haa dah kita boleh sembahyang jamak dah ni.Haa ini namanya nk kena penampor haha

Penerangan oleh:Ustaz Muhammad Bakri
Disunting oleh:The Islamic Hulk
Diterbitkan oleh:Islamic Avengers

Friday, 5 December 2014

Kepanasan Api Neraka

          Orang-orang Islam yang tak nak sembahyang,tak nak puasa,tak nak zakat apa semua cuba test dia dengan api.Suruh pakai tudung tak nak,suruh tutup aurat tak nak,suruh sembahyang pun tak nak.Orang-orang yang macam ni cuba test dia dengan api.Ratu cantik dunia pun kalau bakar muka dia dengan api selama lima minit lepas lima minit tu masih ratu cantik lagi ke?takdop eh jadi zombi kampung pisang aje.Haa mu tak mau semayang mu balik bukak dapur gas tu sampai dia jadi tinggi api dia pastu mu duduk atas tu 15 minit.Tak sampai seminit pun kamu boleh tahan.Itu baru api dunia.Nak tau dok api neraka tu panas dia guane?api neraka panas dia 70 kali ganda lebih panas daripada api dunia yang kita letak sikit je kulit kita kt api dunia tu kita dah tak tahan dek kerana panasnya api tu.Diceritakan penghuni-penghuni neraka yang teriak melolong dalam neraka apabila diletakkan di atas api dunia maka tertidurlah mereka kerana sejuk.Nauzubillahi min dzalik

Diceritakan oleh:Ustaz Azhar Idrus
Disunting oleh:The Islamic Hulk
Diterbitkan oleh:Islamic Avengers

Thursday, 4 December 2014

Bagaimana Doa Mengubah Takdir

           Alkisah berlakulah satu cerita yang disampaikan oleh ustazku kepada aku dan rakan-rakan sekelas yang lain.Ustaz menceritakan pengalaman beliau yang pernah belajar course kejuruteraan di UTM.Dah masuk tahun dua dah ustaz belajar degree kt situ.Tiba-tiba secara drastiknya ustaz mengambil keputusan untuk meninggalkan aliran tersebut dan mempelajari bidang agama pula.Maka merantaulah ustaz selama dua tahun di India mempelajari bahasa Arab kerana untuk faham ilmu Allah dan ilmu Nabi perlulah kepada penguasaan bahasa Arab yang tinggi kerana bahasa kalam Allah dan bahasa sabda Rasulullah kedua-duanya berbahasa Arab.Setelah merantau di India,ustaz menyambung pula perjuangan di Mesir dalam bidang tafsir Al-Quran wa ulumuhu.Alhamdulillah ustaz berjaya grad dari sana setelah 4 tahun bertungkus-lumus di dalam pengajian.Sekembalinya ustaz ke Malaysia,ustaz menyambung pula pengajian di Universiti Malaya dalam bidang mengajar bahasa Arab sebagai bahasa kedua dan kini ustaz menjadi ustaz kepada diriku dan rakan-rakan.

          Ustaz menyambung,ada yang bertanya apakah ustaz tidak menyesal meninggalkan kejuruteraan semata-mata nk jadi seorang ustaz sedangkan kawan-kawan ustaz yang di UTM dahulu kebanyakannya kaya-raya dan berharta besar.Ustaz pun berkata tidak!sekali-kali saya tak menyesal!walaupun saya hanyalah seorang ustaz tetapi alhamdulillah saya mampu membaca dan memahami Al-Quran dengan baik tidak seperti mereka yang bacaan mereka tunggang-langgang dan melanggar hukum tajwid.Ustaz juga berkata saya bersyukur walaupun saya hanyalah seorang ustaz tapi saya dikurniakan rezeki yang lebih daripada cukup dari Allah SWT.Anak saya ada,isteri saya ada,kereta alhamdulillah setakat ni tak pernah berhenti stuck kt tengah jalan,rumah pun boleh beli dan miliki rumah sendiri.Jadi apa lagi yang tak cukup?cuma saya sahaja yang masih belum cukup bekalan untuk membalas segala kurniaan Rabbul 'Alamin iaitu Allah SWT.Mendengarkan kata-kata ustaz itu,kami pun bertanya bagaimana ustaz boleh tinggalkan kejuruteraan begitu sahaja sedangkan ustaz dah belajar separuh jalan?ustaz pun menjawab itulah kehebatan kuasa doa.
        
          Dulu ustaz tinggal dengan nenek ustaz.Nenek ustaz suruh ustaz masuk sekolah arab jadi ustaz pun masuklah sekolah arab.Tiba-tiba ayah ustaz tak setuju dan nk hantar ustaz ke sekolah inggeris.Mintak punya mintak rayu punya rayu tak dapat nak masuk sekolah inggeris.Nak masuk balik sekolah arab yang tadi dah tak boleh dah sebab dah keluar dan tempat terhad.Jadi nak tak nak masuklah ustaz ke sekolah melayu.Masuk sekolah melayu sampai habis SPM ustaz pun menyambung pengajian di UTM.Nenek ustaz waktu tu memang nak ustaz ni jadi ustaz.Dia pun mendoakan ustaz supaya ustaz ni menjadi ustaz bila dah besar nanti.Ternyata doa nenek tu makbul walaupun lambat ditunaikan oleh Allah Taala.Waktu tu ustaz mana minat bidang agama ni.Tak mainla ustaz-ustaz ni haha.Jadi kita harus yakin dengan Allah Taala bahawasanya Dia tak akan mengecewakan hambaNya.Anak-anak remaja yang berakhlak buruk hari ni kita teruskanlah berdoa agar mereka menjadi baik suatu hari nanti.Tak hari ni,esok tak esok,suatu hari nanti.Maka beringatlah Allah tak akan mengecewakan setiap hamba bersungguh-sungguh merayu dan berdoa mengharap kasih sayangNya.Wallahua'lam

Diceritakan oleh:Ustaz Wan Ahmad Rahiman bin Wan Husain
Disunting oleh:The Islamic Hulk
Diterbitkan oleh:Islamic Avengers

Tuesday, 2 December 2014

Kisah Iblis Menolong Seorang Lelaki ke Masjid

Kisah Syaitan Menolong Seorang Pemuda Ke Masjid....          Kisah ini bermula apabila seorang pemuda bangun pada awal pagi untuk solat Subuh di masjid. Dia berpakaian,berwuduk dan        berjalan menuju ke masjid. Di pertengahan jalan menuju ke masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.Dia bangkit, membersihkan bajunya dan          pulang kembali ke rumah.Di rumah, dia menggantikan bajunya,berwuduk dan berjalan menuju ke masjid.          Dalam perjalanan ke masjid,dia jatuh lagi di tempat yang sama.Dia sekali lagi bangkit,membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.Di rumah, dia sekali lagi menggantikan bajunya,          berwuduk dan berjalan menuju ke masjid.Di tengah jalan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.Dia menanyakan identiti lelaki tersebut dan lelaki tersebut menjawab "Saya melihat anda jatuh dua kali di perjalanan menuju ke masjid,jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda."Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih          dan mereka berdua berjalan menuju ke masjid.Apabila mereka sampai di masjid, pemuda tersebut bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat Subuh bersamanya.Lelaki itu menolak,          pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali tetapi jawapannya tetap sama.Pemuda itu bertanya,kenapa menolak untuk masuk dan solat Subuh bersama?Lalu lelaki itu menjawab..."Aku adalah IBLIS..."          Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.Iblis kemudian menjelaskan,"Saya melihat          kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh.Ketika kamu pulang ke rumah,membersihkan badan dan kembali          ke masjid, Allah memaafkan SEMUA DOSAMU.Saya membuatkan kamu jatuh untuk kali kedua dan itupun tidak membuatkan kamu berubah          fikiran, bahkan kamu tetap memutuskan untuk kembali ke masjid.Kerana hal itu,Allah memaafkan DOSA-DOSA          SELURUH ANGGOTA KELUARGAMU.          Saya bimbang jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga,          jangan-jangan Allah akan          memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk kampungmu jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat....
Published by:The Islamic Hulk

Pengenalan

Blog ini direka khas untuk tujuan-tujuan ilmiah dan perkara yang bermanfaat.Segala kesulitan amatlah dikesali.-The Islamic Hulk

Kejayaan

Kejayaan itu tidak datang bergolek malahan kita yang perlu menggolekkan diri kita untuk mencapai kejayaan tersebut.Namun kita harus beringat jalan menuju ke arah kejayaan itu bukanlah semudah yang disangka.Tak percaya,tanyala manusia-manusia yang dah berjaya mencapai matlamat mereka.Tentu mereka akan berkata tiap kali saya jatuh,saya bangun semula takpun kegagalan adalah kunci ke arah kejayaan.Many people failed several times before they achieve their goals.Eceh speaking pulak.Satu lagi peringatan,hendaklah kita tanam dalam minda kita tak susah nak susah dan tak senang pula kalau nak senang.Sekian