Alkisah berlakulah satu cerita yang disampaikan oleh ustazku kepada aku dan rakan-rakan sekelas yang lain.Ustaz menceritakan pengalaman beliau yang pernah belajar course kejuruteraan di UTM.Dah masuk tahun dua dah ustaz belajar degree kt situ.Tiba-tiba secara drastiknya ustaz mengambil keputusan untuk meninggalkan aliran tersebut dan mempelajari bidang agama pula.Maka merantaulah ustaz selama dua tahun di India mempelajari bahasa Arab kerana untuk faham ilmu Allah dan ilmu Nabi perlulah kepada penguasaan bahasa Arab yang tinggi kerana bahasa kalam Allah dan bahasa sabda Rasulullah kedua-duanya berbahasa Arab.Setelah merantau di India,ustaz menyambung pula perjuangan di Mesir dalam bidang tafsir Al-Quran wa ulumuhu.Alhamdulillah ustaz berjaya grad dari sana setelah 4 tahun bertungkus-lumus di dalam pengajian.Sekembalinya ustaz ke Malaysia,ustaz menyambung pula pengajian di Universiti Malaya dalam bidang mengajar bahasa Arab sebagai bahasa kedua dan kini ustaz menjadi ustaz kepada diriku dan rakan-rakan.
Ustaz menyambung,ada yang bertanya apakah ustaz tidak menyesal meninggalkan kejuruteraan semata-mata nk jadi seorang ustaz sedangkan kawan-kawan ustaz yang di UTM dahulu kebanyakannya kaya-raya dan berharta besar.Ustaz pun berkata tidak!sekali-kali saya tak menyesal!walaupun saya hanyalah seorang ustaz tetapi alhamdulillah saya mampu membaca dan memahami Al-Quran dengan baik tidak seperti mereka yang bacaan mereka tunggang-langgang dan melanggar hukum tajwid.Ustaz juga berkata saya bersyukur walaupun saya hanyalah seorang ustaz tapi saya dikurniakan rezeki yang lebih daripada cukup dari Allah SWT.Anak saya ada,isteri saya ada,kereta alhamdulillah setakat ni tak pernah berhenti stuck kt tengah jalan,rumah pun boleh beli dan miliki rumah sendiri.Jadi apa lagi yang tak cukup?cuma saya sahaja yang masih belum cukup bekalan untuk membalas segala kurniaan Rabbul 'Alamin iaitu Allah SWT.Mendengarkan kata-kata ustaz itu,kami pun bertanya bagaimana ustaz boleh tinggalkan kejuruteraan begitu sahaja sedangkan ustaz dah belajar separuh jalan?ustaz pun menjawab itulah kehebatan kuasa doa.
Dulu ustaz tinggal dengan nenek ustaz.Nenek ustaz suruh ustaz masuk sekolah arab jadi ustaz pun masuklah sekolah arab.Tiba-tiba ayah ustaz tak setuju dan nk hantar ustaz ke sekolah inggeris.Mintak punya mintak rayu punya rayu tak dapat nak masuk sekolah inggeris.Nak masuk balik sekolah arab yang tadi dah tak boleh dah sebab dah keluar dan tempat terhad.Jadi nak tak nak masuklah ustaz ke sekolah melayu.Masuk sekolah melayu sampai habis SPM ustaz pun menyambung pengajian di UTM.Nenek ustaz waktu tu memang nak ustaz ni jadi ustaz.Dia pun mendoakan ustaz supaya ustaz ni menjadi ustaz bila dah besar nanti.Ternyata doa nenek tu makbul walaupun lambat ditunaikan oleh Allah Taala.Waktu tu ustaz mana minat bidang agama ni.Tak mainla ustaz-ustaz ni haha.Jadi kita harus yakin dengan Allah Taala bahawasanya Dia tak akan mengecewakan hambaNya.Anak-anak remaja yang berakhlak buruk hari ni kita teruskanlah berdoa agar mereka menjadi baik suatu hari nanti.Tak hari ni,esok tak esok,suatu hari nanti.Maka beringatlah Allah tak akan mengecewakan setiap hamba bersungguh-sungguh merayu dan berdoa mengharap kasih sayangNya.Wallahua'lam
Diceritakan oleh:Ustaz Wan Ahmad Rahiman bin Wan Husain
Disunting oleh:The Islamic Hulk
Diterbitkan oleh:Islamic Avengers
No comments:
Post a Comment