Tuesday, 9 December 2014

Kaedah Penentuan 'Marhalah'

          Pernah dengar tak syarat rukhsah sembahyang semasa bermusafir ialah perjalanan mestilah melebihi dua marhalah dari tempat bermastautin?well,jarak satu marhalah ialah bersamaan dengan 45km++.Persoalannya bagaimanakah ulama' menentukan jarak marhalah tersebut sedangkan semasa zaman Rasulullah SAW tiada ukuran metric seperti km,cm,mm dan sebagainya?

          Jawapannya mudah.Untuk pengetahuan semua semasa zaman Rasulullah SAW,baginda akan menaiki unta untuk menuju ke destinasi tertentu.Unta ni perangai dia dia tak akan berhenti melainkan disuruh untuk berhenti.Kalau tiba-tiba unta tu berhenti makanya unta tu dah penat dan perlukan sedikit rehat untuk menyambung perjalanan.Jarak di antara tempat mula-mula berjalan sehingga tempat unta tu berhentilah dinamakan sebagai satu marhalah.Ini bermakna satu marhalah iaitu satu hentian unta bersamaan dengan 45km++.Begitulah kaedahnya ulama' menentukan jarak marhalah tersebut.Makanya syarat rukhsah sembahyang atau sembahyang jamak semasa bermusafir ialah sebanyak dua marhalah atau dua hentian unta.Hentian unta secara automatik tauu bukan kita yg suruh unta tu berhenti dua kali.Ini suruh berhenti dua kali haa dah kita boleh sembahyang jamak dah ni.Haa ini namanya nk kena penampor haha

Penerangan oleh:Ustaz Muhammad Bakri
Disunting oleh:The Islamic Hulk
Diterbitkan oleh:Islamic Avengers

No comments:

Post a Comment