Menuju konsep taadud jemaah alaf baru.
Jangan pesimis dengan kewujudan jemaah lain, jangan anggap selain kita ialah tak lengkap, tak menyeluruh, semua boleh claim manhaj mereka terbaik, tapi jangan sampai terlalu taksub sehingga membawa kepada fanatik jemaah, dan sekaligus menafikan peranan jemaah lain.
Memang kita perlu insafi hakikat perpecahan jemaah kalau telusuri sejarahnya, dalam islam menganjurkan kita untuk duduk dalam satu sahaja jemaah, tapi benda dah berlaku, dan kewujudan jemaah lain memang tak boleh nak ditolak lagi.
Apa lagi yang kita boleh buat?
Terus gaduh? Terus berebut? Terus berbalah?
Sudah-sudahlah, sejarah perbalahan, persengketaan, perpecahan itu abang kakak/senior zaman itu yang rasa, luka mereka yang rasa, itu peristiwa mereka sehingga membentuk sejarah yang kita fahami sekarang.
Kita yang sekadar mempelajari sejarah ini? Nak teruskan perpecahan atau nak menuju konsep baru, yang menawarkan kedamaian, yang menghilangkan persengketaan.
The very basic foundation yang perlu difahami oleh setiap ahli gerakan (semua haraki mahupun ngo) ialah kita perlu keluarkan diri dari kepompong orang lama, ini zaman kita, jadi kita yang perlu corakkan. Sejarah sekadar tauladan membentengi dengan sempadan, jangan sampai jadi ikut-ikutan
Lebih awal daripada itu, Sa’id Hawwa sudah pun mencetuskan hal ini lebih 20 tahun yang lalu.
Pendapat yang sangat sulit untuk masuk ke wacana arus perdana golongan Islamis.
Pandangan kritis Sa’id Hawwa di dalam kitab Jundullāh Takhtītan, dimulakan dengan bab pertama buku berkenaan di bawah tajuk Penggabungan Secara Emosi (الإنتماء العاطفي) dan Penggabungan Secara Organisasi (الإنتماء التنظيمي). Penggabungan ‘ātifī itu bermaksud, kebersamaan yang tidak membabitkan pendaftaran (jika membabitkan pendaftaran) dan penyertaan rasmi sebagai ahli sesebuah pertubuhan. Manakala penggabungan tanzīmī adalah penyertaan secara rasmi sebagai ahli.
Biar pun kita memang mengimpikan umat Islam itu satu negaranya, satu khilafahnya, satu imamnya dan kini satu jemaahnya, kita akur bahawa umat Islam sudah lebih seribu tahun hidup dalam kepelbagaian perhimpunan di peringkat mikro dan makro.
Kebersamaan seorang Muslim dalam perjuangan Islam tidak disyaratkan bahawa ia hanya diterima jika kebersamaan itu adalah dalam bentuk penyertaan dan penggabungan sebagai ahli kepada sebuah jamaah. Sebaliknya gerakan Islam mesti membuka ruang untuk kebersamaan tanpa menjadi ahli kerana umat Islam mempunyai sebab yang pelbagai untuk tidak menjadi ahli, sedangkan mereka menyumbang secara signifikan dalam pelbagai bentuk dan cara.
Dalam bahasa yang lebih semasa, gerakan Islam perlu bersikap dengan sikap yang inklusif dan bukan eksklusif.
Disunting oleh:The Flash
Diterbitkan oleh:Islamic Avengers
No comments:
Post a Comment