Friday, 26 December 2014

Pembahagian Golongan Kafir atau Non-Muslim

Golongan non-Muslim ini dibahagikan kpd 4 iaitu:
1.Abu Jahal
2.Abu Talib
3.Nasrani dan Yahudi Madinah
4.Empayar Rom

Penjelasan:
1.Abu Jahal
Kafir jenis ini diserupakan dgn Abu Jahal kerana kuat menentang dan suka mencari alasan bagi memerangi kaum Muslimin sepertimana Abu Jahal yg suka menentang anak saudaranya sendiri iaitu Nabi Muhammad SAW

2.Abu Talib
Disamakan golongan ini dgn Abu Talib ialah kerana walaupun mereka bukan beragama Islam tetapi mereka juga merupakan sebahagian dari golongan yg menegakkan dan membantu dlm perjuangan Islam seperti Abu Talib yg membantu dan melindungi anak saudaranya Muhammad SAW  dlm perjuangan dakwah baginda.

3.Nasrani dan Yahudi Madinah
Golongan ini merupakan mereka yg bukan Islam tetapi menetap dan berlindung di bawah naungan empayar Islam sebagaimana rakyat Madinah yg terdiri drp golongan Yahudi dan Nasrani yg berlindung di bawah kerajaan Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad SAW.Begitu juga perihalnya dgn golongan2 Kristian Konstantinopel yg berlindung di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh rahimahullah.Mereka hanya menjaga urusan mereka sendiri dan tidak pula memusuhi org2 Islam bahkan menawarkan bantuan kpd orang Islam apabila diperlukan.

4.Empayar Rom
Diumpamakan kafir ini dgn empayar Rom kerana mereka ini adalah negara kafir yg mempunyai perjanjian dgn kerajaan Islam samada dari aspek ketenteraan,ekonomi dan sebagainya.Sebagai contoh kerajaan kristian Wallachia di selatan Romania yg mmpunyai perjanjian dgn kerajaan Islam Sultan Muhammad II.

Begitulah singkapan sedikit sebanyak dlm entri kali ini.Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment