Thursday, 11 February 2016

Al-Quran As The Core of A Great Muslim Civilisation

Islamic civilisation have been excellent in the past before corruption takes it down. Muslims today should be the most advanced civilisation.

WHY?

Because we are already told by our book (the holy Quran) and our Prophet PBUH about science and future descriptions. 1400 years ago our Prophet had already told us about the sun rising from the west. NASA have just discovered this possibility in these recent years. The Big Bang theory was introduced in 1965 (if I'm not mistaken). The Quran told us about it way too far from that year in the age where there were no technologies. The non-believers at that time mocked the Prophet for such fantasies. Today, technologies and intellectuals have proved the truth of this phenomena. So I repeat again, we should be the most advanced group of people in the world right now. We have all we need. We just lack of intelligence to find the truth.

SO WHAT'S THE FACTOR LEADING TO THE DESTRUCTION OF THIS UMMAH?

It's simple. We don't have time for the Quran. We never read the Quran. Some of us even never touch the Quran. We can read a thick biology book and finish it from cover to cover but for one page or even one verse of the Quran, it seems very hard for us. We feel it very heavy for  us even one verse of the Quran. The West are very happy that we are referring to their textbooks rather than studying our own source of knowledge. Really, we should surpass the Western civilisation today in contexts of science and technology. But again, we pushed aside the words of the Almighty. We pushed away the advices of our beloved Prophet PBUH.

So Muslims, what are you waiting for? Let's open,read and study our greatest source of knowledge. It's not that hard. It's not that thick and most importantly, it's not that expensive compared to your accessories!

Wednesday, 20 January 2016

Lambakan Program Realiti: Apakah Hala Tuju Anak Muda Kita?

Ketika menonton televisyen di rumah, ada satu iklan ni agak menarik perhatian saya iaitu iklan rancangan realiti Amerika, American Idol. Apa yang menarik perhatian saya bukanlah rancangan tersebut akan tetapi frasa 'Farewell Season' di hujung iklan. Ini bermakna rancangan ini sudah sampai ke musim terakhir pada tahun ini.

Bila difikirkan kembali, rancangan realiti terbesar Amerika telah sampai ke penghujungnya dan tidak akan dianjurkan lagi selepas ini. Persoalannya, bilakah negara Muslim seperti Malaysia mahu menghentikan rancangan-rancangan sebegini di negara kita? Kalau tidak dihentikan pun kurangkanlah rancangan-rancangan sebegini. Saya ingin menegaskan pendirian saya mengenai hiburan bahawa peratusan hiburan dalam kehidupan seorang Muslim hanyalah 10 peratus sahaja. Tapi dengan keghairahan penganjur-penganjur menganjurkan program-program sebegini seolah-olah menjadikan hiburan itu 90 peratus pula. Bila terjadinya kerosakan terhadap peserta-peserta program ini, penganjur mula berdolak-dalih dan tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap program yang mereka sendiri anjurkan dan hebohkan.

Masih ingatkah kita kepada tragedi sekumpulan anak muda mati akibat pengambilan dadah di sebuah konsert hiburan di ibu negara?

Yang menjadi kehairanan saya lagi ialah ada juga ibubapa yang menyokong anak-anak mereka menyertai program-program sebegini. Malahan berbangga apabila melihat anak-anak mereka terkinja-kinja di atas pentas melakukan persembahan tanpa rasa malu. Duhai ibu ayah sekalian, inikah cita-cita yang ingin anda lihat dicapai oleh anda? Beginikah anda mencorakkan akhlak anak-anak anda?

Setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Ibubapanya jualah yang akan mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi,Nasrani atau Majusi.

Program-program sebegini juga kebanyakannya melanggar etika-etika hiburan dalam Islam. Antaranya pendedahan aurat,pergaulan bebas antara bukan mahram,menarik perhatian ajnabi dan pelbagai lagi. Bukankah itu sudah melampaui batas-batas kita sebagai seorang Muslim? Ingat, berhibur tanpa batasan hanya akan membawa kepada kehancuran.

Seorang ulama melihat begitu ramai anak muda terikut-ikut dengan budaya berpakaian Barat di Andalusia. Ulama itu lalu mengatakan "Jika keadaan ini berlarutan, maka akan lenyaplah kerajaan Islam di rantau ini". Beberapa ratus tahun selepas itu jangkaan ulama itu menjadi kenyataan apabila jatuhnya kerajaan Islam Andalusia kepada penguasa Kristian Sepanyol.

Kesimpulannya, hiburan yang melampau-lampau tidak membawa begitu banyak faedah sebaliknya hanyalah sebuah agenda Barat bagi memusnahkan akhlak anak-anak muda kita. Saya akhiri entri kali ini dengan seungkap kata untuk direnungi " Jika hendak meramal masa depan sesebuah negara,lihatlah pada anak muda di negara tersebut"

Tuesday, 15 December 2015

Wahai Umat,angkatlah senjatamu!

Dulu masa perang di Bosnia, Malaysia muncul sebagai satu-satunya negara yang berani menghantar tentera untuk membantu mujahidin Bosnia bawah arahan Tun M. Arab Saudi pun tak berani hantar tentera waktu tu. Bahkan diceritakan bahawa pasukan Vat69 Malaysia ketika itu tidak pernah tewas berdepan penjenayah Serbia kerana begitu cekap dalam taktikal perang gerila dan serang hendap.

Kini saudara kita menderita di Palestin,Syria dan seluruh dunia. Kenapa kita tak hantar tentera? Apa kegunaan aset-aset berharga milik ATM?

Jangan ditanya mengenai tentera. Persoalan utama ialah apa usaha KITA dalam membantu saudara-saudara kita ini? Adakah kita cukup cakna dan peduli mengenai hal ehwal saudara-saudara kita di sana?

Di saat tidak mampu berbuat apa-apa, kita hanya ada satu senjata. Senjata yang amat tajam lagi ampuh. Apakah senjata itu? Doa. Tanpa doa,mana mungkin mujahidin Bosnia berjaya menewaskan pelampau-pelampau Serbia. Tanpa doa,mana mungkin Hamas dan Al-Qassam masih berjuang dan bertahan di bumi Al-Aqsa. Tanpa doa,tiadalah kekuatan bagi mujahidin Syria untuk terus berjuang. Oleh itu marilah kita bersama-sama menadah tangan dan berdoa agar Allah lindungi saudara-saudara kita. Agar Allah ringankan penderitaan mereka. Semoga Allah menggagalkan rancangan jahat para musyrikin dalam merosakkan bumi ciptaan-Nya.

Selain berdoa, marilah kita terus memupuk kesedaran kepada masyarakat mengenai penderitaan saudara-saudara kita. Semoga lebih ramai umat Islam tahu akan hal ehwal saudara mereka di seluruh dunia. Paling mustahak,semoga semua umat Islam bangkit menggunakan senjata ampuh mereka iaitu DOA!

APA ITU HIPSTER (ULASAN MAKAN ATAS DIAPER BAYI)

Saya rasa pemahaman orang kita terhadap definisi 'hipster' bagi orang kita amat 'flaw' yakni sangat-sangatlah 'flaw'. Lebih-lebih lagi bagi akak-akak yang throw baby-shower party sambil makan kek atas baby diaper tu.

Makan kek atas diaper dikatanya hipster? Kesewelan apakah ini?

Untuk pengetahuan umum, hipster bukan satu trend tapi counter-culture movement. Mereka ada ideologi dan falsafah tersendiri bukan bandwagon buta yang hanya tahu consume saja. Lepastu bajet lain daripada yang lain kononnya.

"Hipsterism" is a state of mind,it is also often intertwined with distinct fashion sensibilities.

Berikut adalah hipster sebenar daripada pemahaman saya.

Hipster adalah 'urban bohemian'. Mereka menjalani gaya kehidupan alternatif yang lain daripada kebiasaan (ditekankan bukan makan atas pampers).

Mereka bukan hippies kerana mereka memiliki citarasa yang begitu meluas dari aspek fashion, muzik, seni, kesusasteraan, dan falsafah. Bahkan mereka amatlah kreatif dan ada sense of style. Disebabkan pengetahuan mereka yang amat tinggi mengenai fashion, muzik, seni, kesusasteraan dan falsafah itu. Mereka ini agak 'streetwise'.

Setahu saya, hipster sebenar bukan jenis follow up trend semasa guna gadget canggih macam iPhone bagai. Mereka selagi boleh akan cari alternatif murah.

Hipster sebenar nak snap gambar Instagram pun dorang akan guna kamera antik, polaroid atau pun lomo kemudian dorang akan scan gambar tu baru upload kat Instagram.

Hipster sebenar tak lepak di Starbucks kerana, mereka akan lepak di kafe hipster yang konsepnya sendiri. Biasanya kafe yang mereka lepak bukan francais. Kebiasaannya mereka lebih selesa brew kopi mereka sendiri di rumah daripada beli kat luar.

Hipster sebenar tak makan fast-food kerana bagi mereka fast-food outlet adalah capitalist. Mereka cenderung memilih warung kalau terdesak. Mamak pun dorang tak layan sebab mamak dah jadi hegemony. Dah bosan agaknya.

Hipster sebenar adalah non-conformist, pandangan mereka tak selari dengan pandangan umum. Jika society memandang tinggi imej wanita ramping sebagai menawan, berpurdah sebagai muslimah sejati atau lelaki sado adalah jantan sebenar. Mereka tidak berkongsi pendapat itu sebaliknya mereka ada pandangan mereka yang tersendiri mengenai 'attractiveness'.

Hipsters menolak pandangan umum masyarakat arus perdana yang berkenaan dengan keutamaan utama mencari kekasih pilihan dan kriteria tradisional mengenai tarikan fizikal iaitu paras rupa. Adalah menjadi dogma pusat bagi hipster untuk tidak terpengaruh dengan dakyah media dan periklanan arus perdana yang hanya mempromosi ideal kecantikan bersikap etnosentrik.

Konsep androgini dan feminisme telah sedikit sebanyak mempengaruhi budaya hipster, dimana lelaki hipster kebanyakannya tubuh badan mereka lebih kurang kurus macam kekasih mereka.

Ideal lelaki berbadan sado dan bertubuh sasa tidak dianggap menarik oleh gadis hipster kerana mereka menganggap imej sedemikian ianya melambangkan chauvinisme lelaki, sexism dan misogyny.

Sebagaimana juga dgn imej hambar gadis sorority berambut blonde, kulit tanned, dan berpakaian seksi tak cukup kain yang turut dianggap tidak menarik oleh lelaki yang 'cultured'. Sebaliknya ianya dianggap sebagai simbol kepada female insecurity, kurang daya keyakinan, dan kekurangan kecerdikan budaya dan pemikiran bebas.

Hipster juga amat open minded dalam perhubungan antara kaum dan kebanyakan couple antara kaum dalam mana-mana persekitaran bandar biasanya ditemui dalam kelompok kebudayaan hipster ini.

Meskipun secara teknikalnya hipster adalah konformis di dalam kelompok mereka sendiri berbanding dengan masyarakat umum yang jauh lebih besar. Mereka adalah pelopor kepada ideal, trend, dan budaya terkini. Contohnya buku-buku penulisan dan novel indie yang terdapat di pasaran kini. Tidak ketinggalan juga scene muzik indie dan filem-filem pendek yang kita lihat di Youtube. Semuanya hasil kerja tangan mereka.

Malahan trend jeans koyak-rabak yang kebanyakannya didapati di kedai jenama-jenama pakaian terkemuka seperti The Gap, American Eagle, Abercrombie and Fitch, Hollister asalnya digayakan oleh hipster-hipster yang membeli-belah di kedai ini jauh sebelum seluar ini dihasilkan secara besar-besaran.

Begitu juga dengan kemeja vintage flannel yang amat mudah didapati di H&M, Uniqlo dan Kitschen. Ianya mendapat tempat dikalangan hipster lelaki sebelum menjadi mainstream kepada umum.

Ironinya di sini bahawa banyak pengkritik budaya hipster sebenarnya secara tak disedari telah terbawak-bawak jalan yang hipsters telah lakari beberapa tahun sebelum mereka. Contoh mudah gerakan serbanista ( mereka yang mempergunakan hujah agama untuk membenarkan sekaligus menguatkuasakan pendapat mereka secara paksaan atas alasan 'dakwah') yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan pemikiran bawah tempurung mereka se-'hip' yang mungkin.

Fenomena ini juga terpakai dalam dunia muzik juga, kerana banyak band-band indie yang telah berjaya dan dikenali secara mainstream oleh masyarakat umum hanya kerana hipsters yang menemui dan mendengar lagu mereka dahulu jauh sebelum dipromosi corong-corong radio.

Apabila konsep fashion dan muzik tertentu telah mencapai tahap mainstream. Para hipster akan beralih kepada sesuatu yang lebih baru dan segar (untuk sekali lagi ditekankan bukan makan atas lampin bayi). Oleh disebabkan kebangkitan laman rangkaian media sosial pada masa kini, pandangan umum terhadap budaya hipster di kawasan bandar telah mencapai ke satu tahap yang begitu eksponensial sekali.

Di negara-negara barat, norma budaya mainstream telah sedikit sebanyak berjaya diruntuhkan oleh budaya hipster secara keseluruhannya. Hipsterisme sering disalahertikan sebagai hanya satu imej superficial oleh sesetengah pihak, akan tetapi budaya hipster juga secara keseluruhannya telah banyak melaksanakan perubahan dalam masyarakat terutamanya dalam penyampaian sesuatu informasi dan hiburan, yang secara tak langsung membawa kepada perasaan tidak senang di kalangan mereka yang tidak lagi menjadi sebahagian daripada trendsetter. Lihat saja betapa ramai penerbitan mainstream menggelupur bila karya hasil penerbitan indie mendapat tempat dikalangan pembaca tatkala pesta buku dianjurkan.

Bagi pendapat penulis, budaya hipster ini tidak lagi wujud secara nyata di negara ini kerana kebanyakan orang kita hanya mampu menjadi bandwagons sahaja dan mudah terikut-ikut dengan sesuatu budaya secara superficial yang dilihatnya sebagai satu trend. Sementara kebanyakan hipster otai yang banyak idea mereka melalui puisi, muzik, zine dan blog kini telah mengorak langkah sebagai penulis, seniman dan pemuzik professional.

-Tom Shacklesmith-

Dipetik dari laman Facebook 'The Patriots'

Sunday, 6 December 2015

Antara Menghukum dan Menegur

Salah satu penyakit hati orang Islam kenamaan Malaysia dan juga rakyat biasa ialah kita sukar menerima teguran. Ada sebahagian tu berkata "Siapalah kita untuk menghukum manusia".

Duhai rakyat jelata sekalian, menegur dan menghukum itu merupakan perbezaan yang nyata. Saya selit contoh sikit ye.

Menegur: " Awak,tutup aurat tu. Kita orang Islam wajib tutup aurat."

Menghukum: "You ni bukan Islam ke?Dedah sini dedah sana. Solat berjemaah pun tak datang."

Sekarang nampak beza dia kan?

Menegur itu untuk menjadikan orang tersebut lebih baik. Al-Quran kata berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman (51:55).

Adapun kalau kita terus melakukan andaian atau tanggapan-tanggapan terhadap seseorang,maka itulah namanya kita menghukumnya terlebih dahulu tanpa cuba menasihati dan membimbingnya. Kalau kita terus beranggapan sebegini, ditakuti orang tersebut tidak akan menerima dakwah kita bahkan menyinggung pula. Bukankah dalam berdakwah itu perlu berhikmah? (16:125)

Memang benar kita tidak layak menghukum manusia. Oleh sebab itulah wujudnya hukum Allah yang Maha Adil sebagai panduan kita dalam menjalani kehidupan seharian. Tidak seperti hukum atau undang-undang ciptaan manusia yang sentiasa ada cacat celanya,berat sebelah dan sebagainya.

Kita kata kita ini tidak layak menghukum manusia tapi mengapa masih berdolak-dalih dalam mengikuti serta mematuhi hukum Allah? Bukankah kita tidak layak menghukum manusia? Bukankah hanya Tuhan yang layak menghakimi kita?

Friday, 20 November 2015

Bahaya Fanatik Mazhab

Dipetik dari buku 'Kisah Hidup Imam Asy-Syafie'

Fanatik menurut Kamus Dewan bermaksud orang yang keterlaluan pada sesuatu pegangan atau pendirian. Fanatik Mazhab bermaksud orang yang keterlaluan pada sesuatu mazhab. Sikap fanatik ini tidak disukai oleh para ulama. Maka, kita dituntut supaya bersikap toleransi dan bersederhana dalam pendirian. Pernah Imam Al-Syafie berkata, "Jika kalian menjumpai dalam kitabku sesuatu yang menyalahi sunnah, maka ambillah sunnah itu dan tinggalkan pendapatku." Oleh yang demikian, setiap orang yang mengikuti Mazhab Al-Syafie dinasihatkan agar tidak bersikap fanatik sampai menyebabkan perkara-perkara berikut:

1. Menolak suatu hadis Sahih yang bertentangan dengan Mazhab Al-Syafie. Namun, sebelum mengamalkan hadis sahih itu, adalah penting merujuk kepada ahli-ahli fiqh (fuqaha') dan hadis (muhaddits) terlebih dahulu.

2. Muktamad berpendirian bahawa hanya Mazhab Al-Syafie sahaja yang benar, adapun mazhab selain Al-Syafie (Hanafi, Maliki, Hanbali) semuanya salah dan tidak betul.

3. Mereka-reka hadis palsu bagi membela Mazhab Al-Syafie.

4. Bertengkar atau berperang dengan mazhab selain Al-Syafie (Hanafi, Maliki, Hanbali).

5. Mempermainkan dalil seperti mengubah redaksi nas demi mempertahankan Mazhab Al-Syafie.

Menurut Sheikh Ibn al-Qayyim, bentuk-bentuk taklid yang diharamkan ialah:

1. Berpaling dari apa yang telah diturunkan oleh Allah, tanpa meneliti kembali kerana merasa cukup dengan taklid kepada nenek-moyang.

2. Taklid kepada orang yang tidak diketahui kredibiliti keahliannya.

3. Taklid sesudah tertegaknya hujah dan telah jelas dalil-dalil yang menyalahi pendapat orang yang diikuti.

Selanjutnya kata Sheikh Ibnu al-Qayyim,"Sesungguhnya Allah SWT mencela orang-orang yang berpaling dari apa yang diturunkan oleh Allah kemudian bertaklid (mengikuti) apa yang dilakukan oleh nenek-moyangnya tanpa didasari ilmu pengetahuan. Taklid seperti ini yang diharamkan dan dicela oleh para ulama dan Imam mujtahid yang empat (Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad). Adapun bertaklid kepada orang yang mengerahkan segala upaya untuk mengikuti apa yang diturunkan oleh Allah, di mana dia tidak mengetahui sebahagian apa yang diturunkan oleh Allah, kemudian dia bertaklid kepada orang yang lebih mengetahuinya, maka jenis taklid ini dipuji dan tak dicela, diberi pahala dan tak diseksa." Kata Ustaz Umar Muhammad Noor, "Perbezaan adalah sebuah kenyataan". Kesimpulannya, bersederhanalah dalam kehidupan bermazhab. Semoga sikap toleransi sesama umat Islam dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dan mewujudkan umat Islam yang bersatu-padu dalam menentang musuh-musuh Islam. Wallahu a'lam.

Bibliografi: 1. I'lamul Muwaqqiin karya Sheikh Ibn Al-Qayyim. 2. Argumentasi Ulama Syafi'iyah karya Ustaz Haji Mujiburrahman. 3. Blog Ustaz Umar Muhammad Noor

Friday, 13 November 2015

Hebatnya Palestina

   6-0,memalukan,layu,rebah... Itulah kebanyakan ayat yang terpampang di dada-dada akhbar hari ini. Kejadian seperti ini bukan sekali dua berlaku. Tapi dah berlarutan sejak sekian lama. Meskipun begitu, aku gembira sekiranya saudara-saudaraku di Palestina sana gembira penuh riang.

Mereka berhak merasai kegembiraan itu. Mereka berhak merasai kemenangan itu. Tahniah kepada mereka.

   Sungguh, aku memang gembira apabila mereka gembira. Namun beberapa hal mengenai kehebatan Palestina masih membuatku terpinga-pinga. Bagaimana mereka dalam keadaan bergolak menderita mampu menewaskan pasukan kita yang bebas selesa. Bukan nak kata bolasepak, dari aspek-aspek yang lain juga Palestina jauh lebih hebat dari kita yang dah lama merdeka ni.

Mereka tiada padang yang cantik. Mahupun stadium yang besar. Tapi mereka tahu segalanya tidak mustahil berbekalkan semangat waja.

   Anak-anak di Malaysia bermain riang gembira. Anak-anak Palestina bermain penuh ancaman bahaya. Namun itu tidak membuatkan mereka berputus asa. Mereka percaya dengan janji yang Maha Esa. Aku tidak gembira andainya mereka yang diberikan amanah mengkhianati amanah. Aku tidak gembira andainya yang berada di atas terus-menerus merompak dan menindas. Hebatnya Palestina. Berbekalkan batu dan pisau serta keyakinan yang jitu, mereka mampu menggerunkan musuh berpistol berpeluru. Kelibat yang secara tiba-tiba muncul dari kelabunya asap bedilan musuh. Manakala anak Malaysia pula, terus berasap menghisap racun di sini di sana. Ketika nyawa menjadi berharga di Palestina, ia semakin mudah dibeli dibazir di bumi Malaya.

Maksiat di depan mata dibiarkan, orang beribadat di depan mata dicaci,dicemuh dan dimaki. Andainya hal ini berterusan, masih adakah rahmat Tuhan?

   Hebatnya Palestina. Ketika anak-anak kita dibiar lalai bermain gajet,anak-anak di sana gigih menghafal dan mengaji kalam Tuhan. Jangan bangga dengan kemerdekaan seandainya minda masih dijajah anasir kebinatangan. Jangan bangga dengan keamanan seandainya tidak mampu menjaga kehormatan. Jangan bangga dengan keharmonian seandainya anak watan terus dihimpit seksa kejahilan.

Hebatnya Palestina pasti tercatat dalam sejarah alam fana. Jangan berbangga dengan nama Malaysia seandainya tiada usaha direncana. Kelak sampai ke matilah kita hanya mampu mencanang,

Hebatnya Palestina...

  

  
  

Wednesday, 11 November 2015

Jerebu: Hilangnya Pemandangan Indah

   Langit terus-menerus dikaburi kabus. Kalau kabus semulajadi macam dekat UK takpe. Ini adalah kabus hasil perbuatan keji para perosak bumi. Bila disebut perosak bumi, tak perlulah kita nak tuding siapa-siapa sedangkan kita dalam sedar tak sedar juga adalah seorang perosak bumi. Kuala Lumpur, bandar yang cukup aku sayangi sudah ditelan asap hasil penyalahgunaan api.

   Dalam sedar tak sedar, berapa banyakkah sampah yang kita buang di tepi jalan,di dalam longkang,di balik semak samun dalam masa sehari? Bila berlakunya jerebu, pantas kita menuding negara jiran dalam masalah ini. Ewah, yang kau dok hisap rokok,bakar sampah tu apa? Memanglah tak berjerebu tapi asapnya beracun pak. Bila berlakunya banjir kilat, pantas kita mencemuh pihak perbandaran kerana gagal mengatasi masalah yang berlaku. Apa kau lupa semalam kau buang paket snek kau dalam longkang?

   Kini, sesalan berada di mana-mana. Tenggelamnya Kuala Lumpur dimakan asap, kita harus bertopeng lekap sukar bernafas bercakap. Anak-anak kecil yang tidak tahu-menahu apa-apa terus menjadi mangsa kesilapan dan kecuaian orang dewasa sekelilingnya. Disoalnya kepada si bapa, "Ayah, bilakah semua ini akan berakhir?Ke manakah pergi segala gambar yang indah?", si ayah terdiam seribu bahasa tidak mengerti keluhan sang anak. Sebenarnya wujud juga persoalan di hati ayah, kalau begini keadaannya sekarang, bagaimana anakku hendak hidup membesar mencapai cita-cita.

   Alhamdulillah syukur pada yang Esa. DiturunkanNya hujan rahmat membasahi bumi. Maka hilanglah kabus jadian di angkasaraya Kuala Lumpur. Bukan Tuhan tidak sayang, tapi manusia kadangkala harus diberi peringatan agar tidak hilangnya pemandangan indah bumi ciptaanNya.

Wednesday, 4 November 2015

Bagai Bangkai Bernyawa

Bangkai... Apabila terlantarnya mayat si mati. Terbiar luput tanpa semadi. Terbiar busuk menusuk hidung yang hidup. Selagi tidak dimandi,ditanam dan disemadi maka teruslah ia mencemar bumi.

Adapun bangkai yang hidup, tidak berbau tetapi wangi. Tidak mereput tetapi hidup bergerak jari-jemari. Tidak terlantar tetapi gagah berani. Namun sikapnya sama sahaja seperti yang mati. Terus-menerus mencemar dan merosak bumi.

Apakah suratan semua ini?Itulah tandanya hati yang mati. Hidup di  luar tetapi di dalam reput layu membusuk.

Apabila matinya hati, maka matilah seluruh jasad ini. Walau hidup jasad tetapi mati hati, ia tak ubah sepertimana bangkai yang mati. Menganggu persekitaran,mencemar alam,merosak bumi.

Apabila matinya hati, maka terjadilah apa yang kita lihat pada hari ini. Manusia dibunuh sana sini. Binatang disiksa kejam sekali. Alam dicemari peluru besi. Dek kerakusan nafsu insani.

Hati ini milik empunya diri. Dijaga rapi kian berseri. Dibiar mati kian membasi. Jagalah hati. Supaya tidak menyesal di kemudian hari. Jangan pula merosak,menyakiti hati manusia lain.

Kelak apabila manusia menyakiti hatimu, engkau pun bertanya "Adakah kalian tidak mempunyai hati?". Walhal engkaulah pemilik hati yang mati. Tak ubah seperti bangkai yang mati...

Tuesday, 6 October 2015

Islam Untuk Semua

   Kebelakangan ini isu-isu berkenaan masjid seringkali dimainkan di media sosial.Namun begitu,saya hendak menyentuh mengenai satu kesilapan masyarakat Muslim kita apabila berhadapan dengan non-Muslim yang ingin melawat dan mengambil informasi mengenai masjid.

   Di Jerman,pada 3 Oktober setiap tahun akan diadakan hari masjid terbuka ataupun 'Open Mosque Day'.Pada hari tersebut orang-orang bukan Islam dipersilakan untuk memasuki masjid dan bertanya apa sahaja yang mereka hendak tahu mengenai masjid dan agama Islam itu sendiri.Ulang suara, di JERMAN.Jerman bukanlah negara Islam akan tetapi umat-umat Islam di sana bersungguh-sungguh menyebarkan dan menyeru orang ramai ke arah Islam.Mereka disambut penuh mesra oleh orang-orang Islam setibanya mereka di masjid.

   Lain pula skripnya di negara kita Malaysia tercinta apabila orang Melayu kita berfikiran masjid itu hanya untuk orang Melayu sahaja.Bukalah minda anda wahai umat Melayu sekalian.Islam datang sebagai agama rahmat untuk sekalian alam.Tuhan tidak pernah mengatakan Islam hanya untuk orang Melayu sahaja.Tuhan juga tidak pernah menukilkan bahawa Islam itu untuk bangsa Arab sahaja.Islam untuk semua dan semua manusia berhak mengetahui serta menganuti agama Islam yang indah ini.

   Akhir kata,shift your paradigm.Anda mampu mengubahnya...